nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Momentum ekonomi dijangka berterusan pada 2025 : MoF

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2% pada suku ketiga 2025 (S3 2025) (S2 2025: 4.4%) dipacu prestasi kukuh merentas semua sektor. Permintaan domestik yang berdaya tahan terus menjadi peneraju pertumbuhan meskipun berdepan halangan luaran dan ketidaktentuan global.

Permintaan domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dengan mencatat sebanyak 5.8% (S2 2025: 7%) disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan serta inflasi yang terkawal. Pada masa yang sama, usaha berterusan oleh Kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta disokong oleh program bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut menyumbang kepada perbelanjaan pengguna.

Pertumbuhan juga didorong oleh peningkatan eksport yang sebahagiannya mencerminkan impak aktiviti perdagangan yang dilakukan lebih awal (front-loading). Bagi sembilan bulan pertama 2025, ekonomi berkembang sebanyak 4.7% sekali gus membuktikan daya tahan dan asas negara yang kukuh dalam menghadapi cabaran global.

“Prestasi suku tahunan yang kukuh meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 sebanyak 4.0% hingga 4.8%.

“Dengan permintaan domestik yang berdaya tahan, pasaran buruh yang stabil dan pelaburan berterusan dalam sektor pertumbuhan dan nilai yang tinggi, Kerajaan sedang membina asas yang kukuh untuk momentum ekonomi yang mampan sepanjang tahun ini,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dari segi penawaran, pertumbuhan pada S3 2025 didorong oleh sektor perkhidmatan (5.0%) dan pembuatan (4.1%) manakala sektor perlombongan mencatatkan pemulihan yang ketara (9.7%). Perkembangan dalam sektor perkhidmatan disumbangkan oleh subsektor makanan & minuman dan penginapan serta pengangkutan & penyimpanan. Sektor pembuatan mengekalkan pertumbuhan yang stabil disokong oleh industri berorientasikan eksport dan domestik. Sektor perlombongan kembali pulih didorong oleh pengeluaran gas asli dan minyak mentah & kondensat yang lebih tinggi.

Prestasi suku ketiga adalah selaras dengan petunjuk ekonomi yang bertambah baik termasuk:

-Pasaran buruh: Jumlah guna tenaga meningkat sebanyak 3.1% kepada 17.0 juta orang, manakala pengangguran kekal pada kadar 3% (S2 2025: 3%);

-Inflasi: Kekal pada 1.3% (S2 2025: 1.3%);

-Nilai jualan sektor pembuatan: Nilai jualan meningkat sebanyak 3.5% kepada RM500.1 bilion (S2 2025: 3.4%; RM480.2 bilion) terutamanya didorong oleh subsektor makanan, minuman & tembakau (9.2%); dan produk E&E (5.6%);

-Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP): Meningkat sebanyak 4.9% (S2 2025: 2%);

-Sektor Luar Negeri: Jumlah dagangan berkembang sebanyak 3.7% kepada RM769.8 bilion (S2 2025: 6.1%; RM749 bilion) dengan lebihan dagangan sebanyak RM50.3 bilion (S2 2025: RM14.3 bilion);

-Imbangan Pembayaran: Akaun semasa imbangan pembayaran mencatat lebihan sebanyak RM12.2 bilion atau 2.5% daripada PNK (S2 2025: RM0.3 bilion; 0.1%) yang menunjukkan akaun barangan dan perkhidmatan yang berdaya tahan. Akaun perkhidmatan mencatat lebihan sebanyak RM0.7 bilion selepas 14 tahun merekodkan defisit;

-Pelaburan langsung asing (FDI): Aliran masuk bersih sebanyak RM8.5 bilion (S2 2025: RM1.6 bilion); dan

-Prestasi ringgit: Ringgit kekal stabil pada RM4.2070 berbanding dolar AS iaitu meningkat sebanyak 0.1% dan mengukuhkan kedudukan dalam kalangan mata wang berprestasi terbaik di Asia.

Kerajaan MADANI terus komited untuk memajukan agenda kerangka Ekonomi MADANI dengan melaksanakan pembaharuan struktur dan fiskal bagi meningkatkan produktiviti, memperkukuh daya saing serta menggalakkan pendigitalan dan pelaburan berkualiti tinggi. Kerajaan kekal teguh dalam usaha untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.8% pada tahun 2025 dan 3.5% pada tahun 2026.

Melangkah ke hadapan, Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan Belanjawan MADANI Keempat akan memacu trajektori ekonomi dan terus menyokong usaha untuk melindungi kesejahteraan rakyat di samping memastikan limpahan manfaat pertumbuhan terus dinikmati bersama.

KEMENTERIAN KEWANGAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.