nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Soalan-soalan lazim berkaitan Peruntukan Deeming : MCMC

1. Apa itu peruntukan Deeming?

Seksyen 46A (Peruntukan Deeming) merupakan peruntukan baharu yang telah diperkenalkan melalui pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998). Peruntukan Deeming ini, yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025, membolehkan mana-mana pihak disifatkan sebagai berdaftar di bawah lesen kelas melalui suatu Perisytiharan Menteri tanpa keperluan untuk mengemukakan permohonan pendaftaran secara formal. Selepas ‘disifatkan berdaftar’, penyedia perkhidmatan akan dianggap sebagai pemegang lesen kelas dan tertakluk kepada semua obligasi di bawah AKM 1998.

2. Mengapakah Peruntukan Deeming diperkenalkan?

Seksyen 46A diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kerangka kawal selia bagi menutup jurang pengawalseliaan dalam penguatkuasaan undang-undang Malaysia, khususnya terhadap penyedia perkhidmatan yang beroperasi secara jarak jauh dari luar negara. Melalui peruntukan ini, penyedia perkhidmatan yang menjalankan aktiviti dalam ruang lingkup kerangka kawal selia Malaysia akan ditadbir selaras dengan undang-undang Malaysia sekali gus dapat mewujudkan pasaran dan obligasi kawal selia yang lebih seimbang dan menyeluruh.

3. Bagaimanakah cara untuk mengetahui bahawa aktiviti tertentu tertakluk kepada peruntukan Deeming?

Perisytiharan Menteri yang dikeluarkan akan memperincikan aktivitiaktiviti yang tertakluk kepada peruntukan Deeming dan akan disiarkan melalui laman sesawang rasmi MCMC.

4. Berapa lamakah tempoh sah pendaftaran penyedia perkhidmatan yang telah ‘disifatkan berdaftar’?

Tiada tempoh sah tertentu. Penyedia perkhidmatan yang ‘disifatkan berdaftar’ kekal sebagai pemegang lesen sehingga ia dibatalkan. Selagi ia tidak dibatalkan, mana-mana penyedia perkhidmatan yang ‘disifatkan berdaftar’ mestilah mematuhi semua keperluan pematuhan sebagai pemegang lesen kelas.

5. Apakah obligasi selepas ‘disifatkan berdaftar’ dan apa kesannya sekiranya gagal mematuhi obligasi tersebut?

Setelah ‘disifatkan berdaftar’, penyedia perkhidmatan mesti mematuhi:

• Peruntukan AKM 1998 dan perundangan subsidiarinya;

• Instrumen kawal selia lain yang dikeluarkan di bawah AKM 1998; Syarat-syarat lesen kelas; dan

• Undang-undang Malaysia yang relevan yang terpakai kepada penyedia perkhidmatan.

Kegagalan untuk mematuhi obligasi-obligasi tersebut boleh membawa kepada tindakan kawal selia dan undang-undang terhadap penyedia perkhidmatan, termasuk pengenaan denda atau penalti kewangan.

6. Apakah yang perlu dilakukan oleh penyedia perkhidmatan setelah ‘disifatkan berdaftar’?

Penyedia perkhidmatan yang ‘disifatkan berdaftar’ di bawah Peruntukan Deeming, antara lain perlu mematuhi notis yang dikeluarkan oleh MCMC dan mengemukakan maklumat seperti berikut:

• butiran syarikat;

•wakil tempatan yang dilantik (terpakai kepada penyedia perkhidmatan yang merupakan syarikat atau individu asing sahaja) mengikut syarat yang ditetapkan oleh MCMC; dan

•keperluan pematuhan lain yang dinyatakan di dalam notis.

7. Adakah Peruntukan Deeming mewajibkan penyedia perkhidmatan yang beroperasi dari luar negara untuk membuka pejabat fizikal di Malaysia? Tidak. Pembukaan pejabat fizikal di Malaysia tidak wajib. Namun, penyedia perkhidmatan mesti melantik wakil di Malaysia sebagai wakil tempatan yang akan menjadi pengantara dan bertanggungjawab antara lain bagi saluran pelaporan, penerimaan penyampaian dokumen serta pematuhan tugas dan tanggungjawab pemegang lesen.

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.