16 DIS : Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melibatkan 28 pertukaran menteri dan timbalan menteri serta lantikan baharu.
Menurut Anwar, upacara angkat sumpah akan berlangsung esok di Istana Negara.
“Seperti mana saudara-saudara sedia maklum, ada beberapa kekosongan dalam barisan jemaah menteri dan ada keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian supaya Kabinet bekerja sebagai satu pasukan serta menumpukan perhatian bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar juga menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya hanya umumkan pertukaran menteri-menteri yang terlibat pertukaran portfolio atau lantikan baharu…yang lama kekal,” katanya.
Berdasarkan senarai yang diumumkan dua menteri digugurkan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Turut digugurkan Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy.
Berikut senarai lantikan baharu dan pertukaran portfolio :
JPM Wilayah Persekutuan
Menteri-Hanna Yeoh
Timbalan-Datuk Lo Su fui
JPM Sabah Sarawak
Menteri -Datuk Mustapha Sakmud
Hal Ehwal Agama
Menteri- Zulkifli Hasan
Timbalan -Marhamah Rosli
Kementerian Kewangan
Timbalan- Liew Chin Tong
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Timbalan- Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Timbalan-Chan Foong Hin
Kementerian Luar
Timbalan- Lukanisman Awang Sauni
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
Timbalan – Lim Hui Ying
Kementerian Pendidikan Tinggi
Timbalan-Adam Adli Abd Halim
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
Timbalan-Chiew Choon Man
Kementerian Perpaduan Negara
Timbalan-Yuneswaran Ramaraj
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Menteri-Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Timbalan-Sim Tze Tzin
Kementerian Kesihatan
Timbalan-Hanifah Hajar Taib
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri – Steven Sim
Timbalan- Datuk Mohamad Alamin
Kementerian Ekonomi
Menteri – Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan- Datuk Mohd Shahar Abdullah
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Menteri- Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
Timbalan- Syed Ibrahim Syed Noh
Kementerian Perladangan dan Komoditi
Menteri – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
Timbalan-Huang Tiong Sii
Kementerian Sumber Manusia
Menteri-Ramanan Ramakrishnan
Timbalan-Khairul Firdaus Akhbar Khan
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri- Mohammed Taufik Johari
Timbalan-Mordi Bimol.
