nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perkasa komunikasi kerajaan, pastikan maklumat tepat untuk rakyat

17 JAN : Kerajaan akan memperkasa komunikasi bagi memastikan maklumat penting termasuk dasar, bantuan kerajaan serta program untuk rakyat sampai kepada semua peringkat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata ia penting dalam memastikan mesej kerajaan disampaikan secara jelas, tepat dan mudah difahami.

“Kadangkala, sekiranya kita mempunyai sesuatu produk atau perkhidmatan tetapi kumpulan sasaran tidak mengetahui kewujudannya, maka di situlah berlakunya masalah komunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Penerangan (JAPEN) pada Jumaat, lapor RTM.

Jurucakap Kerajaan MADANI itu berkata penyebaran maklumat yang jelas dan tepat amat penting bagi program bersasar termasuk inisiatif Kementerian Kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), MySalam dan bantuan awal persekolahan.

Selain itu katanya, penggunaan bahasa yang mudah dan sesuai dengan konteks setempat juga penting bagi mengelakkan jurang kefahaman antara kerajaan dan rakyat.

“Arahan saya kepada mereka (warga JAPEN) ialah bahasa yang digunakan mesti berpijak di bumi yang nyata. Di Perlis, mungkin penyampaian perlu menggunakan ayat dan pendekatan yang berbeza.

“Begitu juga dengan komuniti Cina, komuniti India dan kelompok suku kaum tertentu, bahasa yang digunakan mestilah tepat dan sesuai, bukan sekadar bahasa rasmi atau bahasa Putrajaya,” katanya.

Terdahulu dalam amanatnya, Fahmi memaklumkan satu kajian mendapati golongan muda berusia antara 18 hingga 35 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan paling besar menerima maklumat melalui media sosial seperti Facebook, TikTok dan WhatsApp.

“Kumpulan ini bukan sahaja merangkumi hampir separuh daripada pengundi, malah merupakan pengguna utama produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara.

“Sehubungan itu, kerajaan dan jentera penerangan diingatkan agar lebih bersedia dan tidak bergantung kepada pendekatan lama atau sekadar perkongsian semula kandungan,” katanya.

Selain itu, penggunaan ciri audio WhatsApp turut disaran sebagai kaedah berkesan, khususnya bagi memudahkan penyampaian mesej kepada masyarakat yang kurang gemar membaca dengan pendekatan lebih dekat dan mesra rakyat.

*Foto Facebook Kementerian Komunikasi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.