22 JAN : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan penubuhan Lembaga Keamanan secara rasmi, hari ini.
Menurut Trump yang juga pengerusi pembaga itu, ia akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani bukan sahaja krisis di Semenanjung Gaza malah konflik di luar wilayah berkenaan.
“Kami komited untuk memastikan Gaza bebas daripada pasukan tentera, ditadbir dan dibangunkan sebaiknya.
“Ia rancangan yang hebat dan di situlah Lembaga Keamanan benar-benar bermula. Saya berpendapat kita boleh pergi ke isu lain selepas berjaya di Gaza,” katanya.
Trump berkata demikian di luar Forum Ekonomi Dunia yang dihadiri puluhan pemimpin dunia.
Menurut Trump lagi, usaha lembaga itu akan menjadi perkara yang hebat untuk disaksikan.
“Kita boleh melakukan perkara lain…banyak perkara lain. Sebaik sahaja lembaga ini dibentuk sepenuhnya, kita boleh melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan,dan kita akan melakukannya bersama-sama PBB,” katanya.