Assalamualaikum dan selamat pagi.
Satelah siasatan kes Fitnah yang di adukan kepada saya dan di maklumkan bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omar Din telah menafikan ada perbincangan dan menyebut dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor akan perihal kehilangan wang RM300,000 dalam Piliharaya Negeri Sabah.
Sempena hari Jumaat 23 Januari 2026 bersamaan 4 Syaaban 1447 dengan suci hati. Atas nama Abd Zarin Bin Mohd Yasin atau di kenali Zaharin Mohd Yasin dan pentadbir akaun facebook nama yang sama. Dengan ini Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kenyataan yang saya tulis di media sosial, baru-baru ini.
Kepada Ketua UMNO Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz; Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Abd Mutalib Abd Rahim dan Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Dr Mohd Zaidi Mohd Zain.
Saya mengakui tulisan tersebut tidak wajar dan telah mengguris perasaan sebahagian pihak.
Saya telah menerima maklumat dari sumber yang saya percaya pada awalnya benar dan betul tetapi sebenar tidak tepat.
Sekian, terima kasih
ABD ZARIN MOHD YASIN
23 Januari 2026
Kuala Lumpur