nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekatan terhadap Grok ditarik balik

23 JAN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas aplikasi kecerdasan buatan (AI), Grok, hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, keputusan tersebut dibuat selepas menerima pengesahan daripada pihak platform X, pemilik Grok.

“Sekatan akses sementara ke atas penggunaan aplikasi Grok di platform X sudah ditarik balik berkuat kuasa hari ini susulan pengesahan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan tambahan oleh pihak platform berkenaan,” menurut MCMC dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 21 Januari lalu, satu mesyuarat diadakan antara Kementerian Komunikasi, MCMC serta wakil platform X berhubung aplikasi Grok.

MCMC memaklumkan mesyuarat berkenaan diadakan bagi mendapatkan penjelasan dan komitmen pihak platform X berhubung langkah pencegahan serta pematuhan undang- undang Malaysia.

“Pihak X mengesahkan bahawa langkah keselamatan yang diperlukan sudah dilaksanakan terhadap aplikasi Grok.

“Sehubungan itu, setelah mengambil kira penjelasan dan pengesahan awal yang dikemukakan, MCMC telah menarik balik sekatan akses sementara yang dikenakan terhadap aplikasi Grok, tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa,” menurut MCMC.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan keselamatan pengguna kekal sebagai keutamaan dan sebarang kegagalan pematuhan atau pelanggaran undang-undang Malaysia akan ditangani secara tegas selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.