27 JAN : Ahli Parlimen Kinabatangan yang dipilih dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu, Mohd Kurniawan Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat, hari ini
Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri.
Anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan penyandang kerusi itu sejak 1999 memenangi PRK Parlimen Kinabatangan di atas tiket Barisan Nasional (BN).
Naim, 32 meraih majoriti 14,214 undi, menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan calon Bebas, Goldam Hamid.
PRK Kinabatangan diadakan serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan kematian Allahyarham Bung Moktar pada 5 Disember lalu.
BN juga memenangi kerusi DUN Lamag melalui wakilnya, Mohd Ayob Ismail atau lebih dikenali sebagai Miha yang mendapat 7,269 undi menewaskan lawannya daripada Parti Warisan.