nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada ujian kelayakan untuk murid 6 tahun masuk Tahun 1

27 JAN : Kerajaan tidak akan melaksanakan ujian saringan diagnostik untuk menentukan kelayakan bagi kemasukan ke Tahun 1 seawal usia 6 tahun pada 2027.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Dewan Rakyat, hari ini susulan ujian itu dibimbangi boleh memberi kesan psikologi dan diskriminatif kepada kanak-kanak.

“Cadangan awal itu baik sebab ada satu sistem penilaian sebelum anak masuk ke sekolah tetapi difikirkan nanti ia jadi diskriminatif.

“Maknanya, ada anak-anak ini nak masuk Darjah 1, prasekolah, (dikatakan) tidak layak, dia kurang cerdik dan sebagainya. Mungkin ada kesan psikologi. Oleh itu, ditiadakan. Itulah cadangan Menteri Pendidikan dan saya setuju ditiadakan dan dipermudahkan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang menggesa agar kerajaan meneliti pelaksanaan ujian itu.

Meski tiada ujian tersebut, beliau berkata ibu bapa dan guru perlu memikul tanggungjawab bagi memastikan tahap kesiapsiagaan murid itu terjamin.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan kemasukan awal ke Tahun 1 itu bagi memastikan kanak-kanak berusia 6 tahun mendapat ruang pembelajaran yang optimum.

Menolak desakan agar pelaksanaan itu ditangguhkan, Anwar berkata Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam arus pendidikan global di mana data Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan 137 negara atau lebih 71 peratus negara di dunia sudah melaksanakannya.

“Banyak negara sudah membuatnya dan Kementerian Pendidikan membuat persiapaan. Memang benar saya tidak menafikan pada peringkat awal kementerian mencadangkan supaya ditangguhkan setahun lagi?

“Saya fikir agak berbeza. Saya kata kalau kita tangguh setahun lagi, anak-anak kita itu rugi setahun dan anak-anak kita generasi sekarang tak seperti dulu, mereka jauh lebih dewasa pintar, lebih peka dan kita perlu bagi ruang.

“Jadi, kita jangan kita berfikir dan menggunakan tahap pemikiran kita yang lama. Memang kita rasa tak boleh tapi anak-anak kita jauh lebih pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang membangkitkan soal kesediaan sistem pendidikan negara untuk menerima murid usia 6 tahun memasuki Tahun Satu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.