11 FEB : Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS) akan bertugas pada perlawanan Piala Dunia pada musim panas ini.
Perkara itu disahkan pemangku Ketua Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE), Todd Lyons.
Penganjuran temasya itu akan dilangsung di bandar Atlanta, Boston, Dallas, Houston, Kansas City, Missouri, Los Angeles, Miami, New York/New Jersey, Philadelphia, Seattle dan San Francisco.
“ICE, khususnya Siasatan Keselamatan Dalam Negeri (HSI) merupakan bahagian penting dalam keseluruhan langkah keselamatan untuk Piala Dunia,” katanya ke Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Dewan.
HSI bertanggungjawab untuk segala siasatan jenayah yang berkaitan dengan pemerdagangan manusia.
Ia sering terlibat dalam banyak acara sukan besar, seperti Super Bowl dan Sukan Olimpik.
“Kami berdedikasi untuk menjamin operasi ini dan kami berdedikasi untuk keselamatan semua peserta serta pelawat,” katanya.