KENYATAAN MEDIA
JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Entiti kerajaan diwajibkan untuk menyemak semula semua instrumen kawal selia (termasuk pekeliling, peraturan, dan garis panduan) di bawah bidang kuasa masing-masing dalam tempoh setiap tiga tahun berdasarkan kepada ketetapan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 [Akta 867] yang telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2025 dan Pekeliling Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2025.
Sehubungan itu, mana-mana Pekeliling, peraturan dan garis panduan yang telah melebihi 20 tahun atau tidak lagi relevan pemakaiannya pada masa ini sedang diberi perhatian untuk dikemaskini termasuklah berkaitan pekerjaan luar dan pemilikan saham oleh pegawai awam berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa meliputi pelbagai aspek perubahan yang telah berlaku di dalam persekitaran Kerajaan, ekonomi, perniagaan dan teknologi.
Pengemaskinian ini juga menjadi agenda utama dalam Reformasi Kerenah Birokrasi yang menjadi teras kepada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang berorientasikan kepada peningkatan kecekapan, integriti dan memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Perkara ini bagi memastikan dasar Kerajaan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, namun kekal seimbang antara elemen integriti dan realiti semasa, tanpa menjejaskan prinsip ketelusan serta akauntabiliti pegawai awam.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM