12 MAC : Mesyuarat Jemaah Menteri Khas yang berlangsung esok akan membuat penilaian terhadap impak konflik di Asia Barat bagi jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penilaian itu penting sebelum sebarang keputusan diambil.
“Apa yang lebih penting adalah untuk kita bersiap siaga terutamanya melibatkan sudut ekonomi rakyat. Perincian lanjut akan diumumkan esok selepas mesyuarat.
“Kita tidak mahu membuat sebarang keputusan sebelum semua perkara dibincangkan secara terperinci,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama Sahabat Istimewa Indah Water Konsortium, hari ini.
Dalam pada itu, menurut Fadillah perbincangan awal mengenai isu berbangkit sudah dibincangkan jawatankuasa itu.

*FOTO : FACEBOOK FADILLAH YUSOF