14 MAC : Video terbaharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dimuat naik kononnya bagi menepis khabar angin keadaan dirinya sebaliknya terus mencetus spekulasi baharu.
Warganet menyedari dalam video tersebut, kaeadan jari pemimpin rejim itu dilihat agak ada kelainan daripada kebiasaan.
Justeru itu, warganet mendakwa video itu hasil janaan kecedasan buatan (AI) atau palsu.
Sebelum ini, ‘kehilangan’ Netanyahu mencetus spekulasi kononnya dia terbunuh atau cedera dalam perang antara Israel-Amerika Syarikat (AS) dengan Iran itu.
Semalam, pejabat Netanyahu membuat kenyataan mendakwa rumor yang tersebar di media sosial dipercayai berkait spekulasi pemimpin rejim itu terbunuh atau cedera ‘masih belum disahkan’.
Kenyataan itu juga menyebut usaha menghubungi Netanyahu bagi memastikan keadaannya giat dijalankan.
Namun kenyataan itu dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.
