16 MAC : Tanda tanya tentang ‘kehilangan’ Benjamin Netanyahu terus hangat dibincangkan meski terdapat cubaan meyakinkan ‘dunia’ Perdana Menteri Israel itu masih hidup dengan klip video dia sedang menikmati secawan kopi.
Klip video yang menunjukkan pemimpin rejim zionis itu secara sarkastic cuba menepis spekulasi yang tersebar tentang kematiannya dalam serangan Iran terus ‘dibedah’ warganet.
Rata-rata warganet percaya klip itu dijana teknologi kecerdasan buatan (AI) yang canggih namun terdapat beberapa kelemahan yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Persoalan warganet terjawab apabila chatbot Grok di platform X melabelkan video berkenaan sebagai 100 peratus kandungan hasil janaan AI.
Klip video itu dipercayai menggunakan teknologi Palantir AI bagi menghasilkan kesan deepfake pada rakaman lama ketika pemimpin ‘ekstremis’ itu berkunjung ke Kafe Sataf pada 2024.
Sebelum ini, kehilangan Netanyahu beberapa hari di luar kebiasannya terus mencetus spekulasi dia cedera atau mati dalam serangan Iran.
Namun Netanyahu tampil dalam video sidang media yang agak panjang namun warganet mengesan dalam klip itu jari pemimpin rejim itu ada enam.
