nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM Anwar santuni mangsa kebakaran di Kg Bahagia

22 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyantuni mangsa kebakaran melibatkan 1,000 rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Persekutuan tidak akan sesekali membiarkan kesemua mangsa itu sendirian dalam menghadapi ujian itu.

Katanya, kerajaan sudah menyalurkan bantuan yang diperlukan untuk mangsa termasuk memastikan anak-anak terlibat dapat segera kembali ke sekolah.

“Sumbangan segera telah dan sedang digerakkan meliputi bantuan wang ihsan untuk keluarga dan pelajar sekolah, keperluan asas, tempat perlindungan sementara serta sokongan berterusan dengan kerjasama erat kerajaan negeri.

“Usaha juga sedang dipercepat bagi memastikan mereka dapat kembali hidup dalam keadaan yang lebih selamat dan bermaruah termasuk memastikan anak-anak segera kembali ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran selepas menziarah kampung tersebut, hari ini.

Dalam perkongsiannya, Anwar melahirkan kesedihannya melihat mangsa-mangsa yang berdepan ujian berat itu termasuk anak-anak kecil.

“Saya akui, hati ini benar-benar luluh melihat anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa yang terjadi, ibu bapa yang menahan tangis dalam diam, dan keluarga yang kini hanya bergantung pada sisa kekuatan yang ada. Ini bukan sekadar ujian, tetapi derita yang menyayat hati.

“Namun di celah duka yang begitu berat, saya menyaksikan sesuatu yang jauh lebih besar, iaitu ketabahan. Mereka tidak rebah, sebaliknya terus bertahan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata meski ada dalam kalangan mangsa bukan rakyat Malaysia namun dalam saat getir ini kemanusiaan tidak dipinggirkan.

“Saya juga sedar, dalam kalangan mangsa ada yang bukan warganegara. Namun dalam saat getir seperti ini, kemanusiaan tidak boleh disempitkan oleh sempadan.

“Kita bantu setakat yang terdaya meliputi makan, minum, tempat berteduh dan keselamatan.

“Doa saya dan Azizah serta seluruh keluarga besar Malaysia, bersama mereka. Semoga Allah mengangkat kesedihan ini, menguatkan jiwa yang diuji dan menggantikan duka ini dengan harapan yang baharu,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.