Krisis tenaga: Kerajaan syor turunkan cukai kenderaan diesel
25 APR : Kerajaan MADANI bercadang untuk menurunkan kadar cukai jualan kenderaan diesel susulan krisis bekalan tenaga yang melanda ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang menggunakan kenderaan diesel.
Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta Menteri Pengangkutan dan Ketua Setiausaha (KSU) mencari jalan bagi melaksanakan cadangan itu berikutan kenaikan harga yang tidak mampu ditangani kerajaan berikutan krisis Asia Barat yang masih berlarutan.
“Jadi, sebab itu bila dengar daripada masalah diesel tadi saya bincang dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan minta beliau bersama KSU untuk mencari jalan sekarang supaya dalam tempoh terdekat turunkan cukai jalan kenderaan diesel.
“Itu boleh. Turun harga minyak sekarang ini kita tak mampu tapi cukai jalan itu boleh. Kalau nak turun banyak, tolong lobi dengan Menteri Pengangkutan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ Madani, hari ini.
Dalam pada itu Anwar berkata terdapat 1.8 juta kenderaan diesel yang direkodkan di negara ini.
