nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO-BN Negeri Sembilan tolak tuduhan tebuk atap

KENYATAAN MEDIA

BARISAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN

UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengambil maklum kenyataan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan berhubung pendirian 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan.

UMNO BN Negeri Sembilan menolak sama sekali dakwaan bahawa tindakan ini merupakan usaha ‘tebuk atap’ atau cubaan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri secara tidak bertanggungjawab.

Pendirian 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan dibuat secara terbuka, rasmi dan berasaskan prinsip. Ia bukan tindakan sulit, bukan rundingan pintu belakang, dan bukan gerakan merebut kuasa. Ia adalah pendirian politik yang sah apabila keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar telah hilang.

Pakatan Harapan perlu memahami bahawa isu ini bukan sekadar pertikaian politik biasa. Isu ini menyentuh krisis yang melibatkan Institusi Adat, Perlembagaan Negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan serta kestabilan pentadbiran negeri.

UMNO BN Negeri Sembilan tidak mencampuri urusan adat. Namun apabila tindakan dan kenyataan eksekutif kerajaan negeri dilihat memasuki ruang adat, mencetuskan pertikaian awam, dan Exco UMNO BN tidak dimaklumkan secara sewajarnya dalam proses kerajaan negeri, maka UMNO BN tidak boleh terus memikul tanggungjawab bersama terhadap keputusan yang tidak dimaklumkan, tidak dipersetujui dan tidak selari dengan prinsip menghormati adat serta perlembagaan negeri.

Atas sebab itu, tindakan menarik sokongan ini bukan soal prestasi harian Menteri Besar semata-mata, tetapi soal keyakinan terhadap kebijaksanaan kepimpinan beliau dalam mengurus krisis institusi yang amat sensitif.

UMNO BN Negeri Sembilan juga berpandangan bahawa isu berkaitan adat, institusi dan pentadbiran Negeri Sembilan sewajarnya ditangani dengan penuh kefahaman terhadap konteks negeri ini. Dalam hal ini, adalah lebih wajar ruang penjelasan utama diberikan kepada pimpinan dan wakil rakyat Negeri Sembilan yang lebih memahami kedudukan adat, perlembagaan dan sensitiviti setempat.

UMNO BN Negeri Sembilan tetap menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, menghormati Institusi Raja-Raja Melayu, mempertahankan Institusi Adat Negeri Sembilan dan berpegang kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Segala langkah selepas ini hendaklah dibuat mengikut lunas perlembagaan, undang-undang negeri dan tertib institusi.

UMNO BN Negeri Sembilan menyeru semua pihak, termasuk Pakatan Harapan, supaya tidak meremehkan krisis ini dengan menyempitkannya kepada naratif “tebuk atap” atau perebutan kuasa semata-mata. Rakyat Negeri Sembilan berhak mendapat penjelasan yang jujur tentang bagaimana krisis ini berlaku, mengapa Exco UMNO BN tidak dimaklumkan, dan bagaimana keyakinan terhadap pentadbiran negeri boleh dipulihkan.

Pendirian UMNO BN jelas:

Ini bukan tebuk atap. Ini adalah krisis keyakinan terhadap Menteri Besar akibat kegagalan mengurus isu adat dan perlembagaan secara tertib.

UMNO BN tidak campur urusan adat. Tetapi UMNO BN tidak boleh terus memikul tanggungjawab bersama terhadap tindakan eksekutif yang dilihat mencampuri ruang adat dan menjejaskan kestabilan negeri.

Sekian.

ADUN BARISAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.