17 MEI : Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei ini bersamaan 10 Zulhijah 1447 Hijrah.
Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin mengumumkan perkara itu secara langsung di televisyen nasional, malam ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18 Mei.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Aidiladha ialah pada 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya.
Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang semalam di 29 lokasi di seluruh negara.