nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kesemua 50 kapal bawa 428 aktivis GSF 2.0 dipintas Israel

LAPORAN RASMI
SUMUD NUSANTARA COMMAND CENTER (SNCC)
20 Mei 2026 | 12.00 Tengah Hari
Hari ke-38 MISI
REJIM SELAKU LANUN DI LAUT ANTARABANGSA
1. Dunia hari ini menjadi saksi kekejaman rejim penjajah Israel yang bertindak selaku lanun di laut antarabangsa. Tindakan ketenteraan bersenjata di koridor laut bebas ini adalah pencabulan totalitarian terhadap Artikel 87 dan Artikel 90 Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS 1982) yang menjamin kebebasan pelayaran mutlak bagi kapal awam termasuk kapal kemanusiaan.

2. Jenayah negara (state terrorism) ini secara terang-terangan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta menentang Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang menuntut perlindungan penuh tanpa sekatan bagi petugas kemanusiaan awam.

SITUASI TERKINI

3. Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan bahawa dalam insiden hitam pada 18 Mei dan 19 Mei lalu, kesemua 50 buah kapal yang membawa 428 aktivis kemanusiaan dari 40 buah negara telah dipintas secara haram dan dikepung oleh tentera rejim zionis israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.

4. Laporan dan bukti visual mendedahkan kapal Sirius telah diserang menggunakan water cannon bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal tentera laut israel beridentiti A833D. Insiden turut merakamkan tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi.

5. Kesemua aktivis merangkumi doktor, pengamal media, kapten, krew kapal dan pembela hak asasi manusia disahkan diculik dari kapal masing-masing di bawah ancaman senjata, sebelum pemindakan paksa ke kapal perang rejim dipercayai dibawa ke Pelabuhan Ashdod pada 19 Mei 2026.

6. Pencerobohan ini melibatkan 18 buah kapal yang membawa 29 rakyat Malaysia. Berdasarkan pengesahan mutakhir bilik gerakan SNCC, senarai tambahan warganegara Malaysia yang sah ditahan adalah seperti berikut:

-Kapal Alcyone
1. Muhammad Hareez Bin Adzrami
2. Chin Shiau Weai

-Kapal Don Juan
1. Syed Amirul Syafiq Bin Syed Iskandar

-Kapal Zefiro
1. Noor Thanisah Binti Mohammad Tajudin

7. SNCC turut mengesahkan status empat daripada 11 keseluruhan delegasi serantau iaitu dari Indonesia yang mewakili jaringan Sumud Nusantara turut ditahan oleh rejim:

-Kapal Alcyone
1. Herman Budianto
2. Ronggo Wirsano

-Kapal Kasri Sadabad
1. Asad Aras
2. Hendro Prasetyo

TINDAKAN SEKRETARIAT & KECAMAN ANTARABANGSA

8. SNCC telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri serta Menteri Luar melalui Wisma Putra bahawa usaha diplomatik sedang digerakkan secara giat dan berterusan untuk meningkatkan tekanan antarabangsa, termasuk melalui kerjasama rapat dengan negara-negara sahabat, bagi memastikan semua aktivis dibebaskan dengan segera serta berada dalam keadaan selamat. SNCC menyokong penuh ketegasan Kerajaan Malaysia yang mengecam keras insiden pencerobohan terhadap misi kemanusiaan ini.

9. SNCC turut menyokong kenyataan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada 18 Mei yang menyifatkan tindakan rejim apartheid israel terhadap flotilla kemanusiaan ini sebagai tindakan ‘lanun dan penyamun’ di perairan antarabangsa.

10. Pencabulan rejim ini berlaku ketika dunia sedang menyaksikan perkembangan mutakhir di mana dilaporkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sedang mengeluarkan waran tangkap ke atas lima pimpinan tertinggi israel termasuk menteri serta komander IOF atas jenayah perang. Ini membuktikan secara perundangan global bahawa delegasi kita kini dipaksa tunduk di bawah cengkeraman sebuah gerombolan penjenayah perang yang diburu dunia.

11. SNCC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit menzahirkan kemarahan kepada penculikan ini dengan #israelBacul dan sokongan melalui penganjuran solat hajat perdana di masjid, Qunut Nazilah dan munajat berterusan tanpa henti demi keselamatan delegasi Malaysia dan keruntuhan tembok kezaliman di Gaza.

Kepada Allah jualah kami berserah.

Laporan oleh:

DATUK SANI ARABY ABDUL ALIM

KETUA PENGARAH SUMUD NUSANTARA COMMAND CENTER (SNCC)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.