nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ASEAN-Rusia perlu manfaat potensi besar, perkukuh hubungan ekonomi

17 JUN : Kerjasama ekonomi ASEAN dan Rusia perlu diperkukuh dengan lebih agresif dalam pelbagai bidang yang masih belum diterokai sepenuhnya sekali gus membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk muncul sebagai rakan ekonomi utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata potensi besar yang dimiliki ASEAN, Rusia dan Republik Tatarstan perlu dimanfaatkan menerusi kerjasama lebih erat serta penglibatan aktif sektor swasta dan komuniti perniagaan.

“Dalam fasa ini, kita bukan sahaja mahu meneruskan hubungan dengan Rusia, tetapi memperkukuh kerjasama kerana hakikatnya kita masih belum menjadi rakan ekonomi utama, sedangkan potensi ASEAN, Tatarstan dan Rusia amat besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia, hari ini.

Menurut Anwar, ASEAN perlu terus berpegang kepada prinsip keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama antarabangsa dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global.

Beliau berkata, kesediaan pemimpin ASEAN untuk bertemu dan berinteraksi dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin membuktikan komitmen rantau itu terhadap prinsip kepusatan ASEAN selain kesanggupan untuk mengetepikan prejudis dalam hubungan antarabangsa.

Katanya, pergolakan geopolitik dan ekonomi yang berlaku ketika ini tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai cabaran, sebaliknya turut membuka ruang kepada pembaharuan sekiranya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

“Tiada negara, walau sebesar dan sekuat mana sekalipun, mampu mengharungi cabaran ini secara bersendirian.

“Justeru, negara dan rantau perlu memperkukuh kesalinghubungan, memperdalam kepercayaan serta memperluas kerjasama praktikal,” katanya.

Anwar berkata, ASEAN kekal sebagai antara rantau ekonomi paling dinamik di dunia, disokong pertumbuhan pesat kelas pertengahan, perkembangan ekonomi digital serta populasi muda yang menjadi pemacu inovasi.

Beliau turut mengalu-alukan pemuktamadan ASEAN-Russia Strategic Program on Trade and Investment Cooperation 2026–2035 yang disifatkan sebagai pelan hala tuju penting bagi memperkukuh hubungan ekonomi kedua-dua pihak.

“Namun seperti yang kita tahu, rangka kerja sahaja tidak mencukupi. Kita perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif, dasar yang menyokong, menghapuskan halangan serta memudah cara kerjasama ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, platform seperti Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia memainkan peranan penting dalam membina jaringan, perkongsian dan pertukaran idea bagi memperkukuh kerjasama serantau serta antarabangsa.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.