17 JUN : Permohonan rasmi Israel terhadap Rumah Putih untuk semakan semula kandungan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai Amerika Syarikat (AS) dengan Iran ditolak.
Media Israel melaporkan pentadbiran Donald Trump menolak permintaan dikemukakan Tel Aviv itu.
Bantahan itu dibuat meski Israel masih tidak mengetahui secara terperinci kandungan sebenar memorandum bagi menamatkan konflik di Asia Barat berkenaan.
Perkembangan tersebut membuatkan pemimpin-pemimpin rejim itu tidak berpuas hati dengan AS.
Sebelum ini dilaporkan Israel secara terbuka mempertikaikan perjanjian tersebut.
Malah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sendiri mengakui masih belum mengetahui butiran penuh MoU itu.
“Saya tidak pasti mengenai butiran perjanjian itu,” katanya.
Netahyahu berkata Tel Aviv tidak menganggap negaranya terikat dengan perjanjian yang dimetrai AS dan Iran itu.
“Perjanjian dengan Iran dibuat oleh Trump dan itu adalah keputusannya. Kami mempunyai kepentingan sendiri,” kata Netanyahu.