PM Britain letak jawatan
22 JUN : Perdana Menteri Britain, Keir Starmer meletakkan jawatannya, hari ini selepas didesak dan penggantinya bakal dipilih sebelum sidang Parlimen bermula pada September.
Starmer turut melepaskan jawatannya sebagai pemimpin Parti Buruh.
Keputusan itu diumumkan Starmer di Downing Street selepas memaklumkannya kepada Raja Charles III.
“Saya telah meminta badan pentadbiran parti supaya menetapkan jadual bagi proses penggantian dengan pencalonan dibuka pada 9 Julai dan ditutup sebelum cuti musim panas pada 16 Julai depan.
“Pengganti saya akan dipilih sebelum Parlimen bersidang semula pada September depan, saya akan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lancar,” katanya.
Menurut Starmer, beliau akan memegang jawatan Perdana Menteri sehingga pemilihan penggantinya.
“Saya juga akan memberi sokongan penuh tanya syarat.
“Beliau akan mengambil alih Britain yang lebih kukuh dan stabil berbanding ketika saya mula memegang jawatan, dua tahun lalu,” katanya.