25 JUN : Parti gabungan Perikatan Nasional iaitu PAS dan Bersatu mengumumkan barisan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor secara berasingan, malam ini.
Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan PAS bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Majlis Pengumuman Calon PAS-PN bagi PRN Johor yang berlangsung di Muar.
Sementara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis yang diadakan di Pejabat Bersatu Pagoh mengumumkan parti itu bertanding di 16 kerusi DUN.
Bersatu kembali mempertaruhkan Ketua Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga bekas Menteri Besar Johor di DUN Bukit Kepong yang disandang sebelum ini.
Berikut senarai calon PAS:
DUN Jementah – Saifullah Abdul Wahab
DUN Tenang – Normala Sudirman
DUN Pasir Raja – Yuhanita Yunan
DUN Simpang Jeram – Arshed Yahya @ Awang
DUN Maharani – Mohamad Anuar Hayan,
DUN Sungai Balang – Muhammad Amin Sailan
DUN Semerah – Halim Kepol
DUN Seri Medan – Ahmad Rosdi Baharu
DUN Endau Hasnol Hakim Hussein,
DUN Tiram – Khirul Mutanazar Ismail
DUN Kahang – Mazlan Bujang.
Senarai calon Bersatu:
DUN Sedili – Rasman Ithnain
DUN Panti – Mohamad Alias Rasman
DUN Layang-Layang – Abdul Mutalip Abd Rahim

DUN Senggarang – Datuk Rashid Hasnon
DUN Bukit Kepong – Datuk Dr Sahruddin Jamal
DUN Penawar – Fairulnizar Rahmat
DUN Johor Lama – Aisah Esa
DUN Stulang Lim Chin Eng
DUN Tenggaroh – Muhamad Amerul Muhamad
DUN Rengit – Syed Mohamad Syed Alwi
DUN Parit Raja – Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
DUN Semarang – Muhammad Syafiq Aziz
DUN Bukit Naning – Mohd Radzi Amin
DUN Serom – Mahfidz Omar
DUN Kemelah – Uzzair Ismail
DUN Bukit Pasir – Mohd Idzharruddin Mohd Nasirruddin.
Hari pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai ini dengan hari penamaan calon pada 27 Jun dan hari undi awal 7 Julai.