nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan lulus Hari Bekerja Hibrid, hanya 3 hari masuk pejabat

26 JUN : Kabinet meluluskan pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) dalam perkhidmatan awam, berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan melalui HBH, pegawai yang layak boleh bekerja dua hari di rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan ketua Jabatan, manakala tiga hari lagi diwajibkan hadir ke pejabat, tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, kesesuaian fungsi serta syarat yang ditetapkan.

“Jemaah menteri pada hari ini telah bersetuju dengan pelaksanaan HBH sebagai norma baharu dalam Perkhidmatan Awam, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.

“HBH merupakan satu inisiatif baharu Kerajaan mengenai pengaturan kerja yang lebih fleksibel untuk penjawat awam tanpa mengurangkan waktu bekerja,” menurut JPA dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPA memaklumkan pelaksanaan HBH akan menggantikan pengaturan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang sedang berkuat kuasa.

“Garis panduan dan syarat pelaksanaan HBH akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat.

Sementara itu, bagi negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, penjawat awam diwajibkan hadir ke pejabat pada Isnin dan Jumaat, manakala satu hari lagi akan ditentukan Ketua Jabatan.

Sementara itu, bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu yang mengamalkan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu, kehadiran wajib ditetapkan pada Ahad dan Khamis, selain satu hari lagi yang akan ditentukan mengikut keperluan perkhidmatan.

JPA turut menjelaskan pelaksanaan HBH tidak lagi menetapkan syarat radius 8 kilometer (km) seperti pengaturan BDR sebelum ini.

Sebaliknya, menurut JPA, kemudahan itu terpakai tanpa had jarak, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan serta garis panduan yang akan dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu, HBH juga terpakai kepada pegawai yang layak sama ada bertugas di ibu pejabat, pejabat negeri mahupun pejabat daerah.

JPA menegaskan pelaksanaan HBH tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan penting kerajaan kepada rakyat di mana perkhidmatan kaunter serta fungsi yang memerlukan kehadiran fizikal akan terus beroperasi seperti biasa, termasuk sektor keselamatan, pertahanan, pendidik, kesihatan dan mahkamah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.