nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Subsidi diesel boleh dipindah kepada pengguna sebenar kenderaan

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

Sejak pengumuman peralihan kepada sistem subsidi bersasar BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada 22 Jun 2026, Kerajaan MADANI telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama rakyat, peniaga kecil, pemegang taruh dan agensi pelaksana bagi memastikan mekanisme ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia yang layak.

Kerajaan MADANI turut mengambil kira pelbagai kekangan dan rayuan yang dikemukakan, termasuk keadaan di mana kenderaan diesel digunakan oleh pengguna sebenar, namun masih didaftarkan atas nama ahli keluarga terdekat.

Sehubungan dengan itu, menjelang akses awal pelaksanaan BUDI Diesel bagi penerima layak di Semenanjung Malaysia pada 27 Jun 2026, beberapa penambahbaikan telah dipersetujui bagi memastikan peralihan kepada BUDI Diesel berjalan lancar.

“Peralihan kepada BUDI Diesel adalah untuk memastikan subsidi diesel sampai kepada rakyat Malaysia yang layak, di samping menutup ruang ketirisan yang telah merugikan negara berbilion ringgit setiap tahun. Setelah mendengar maklum balas dan rayuan rakyat, Kerajaan MADANI bersetuju melaksanakan penambahbaikan ini bagi melancarkan pelaksanaan BUDI Diesel,” kata YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.
Fi tukar hak milik kenderaan diesel dikecualikan selama tiga bulan
Bagi memudahkan pemilik dan pengguna kenderaan diesel mengemas kini rekod pemilikan, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Program Insentif Pengecualian Sementara Fi Tukar Hak Milik (THM) Kenderaan Diesel selama tiga bulan mulai 1 Julai 2026. Pengecualian ini melibatkan fi THM yang pada masa ini boleh mencecah sehingga RM100, bergantung kepada jenis kenderaan dan lokasi pendaftaran.

Langkah ini mengambil kira pelaksanaan BUDI Diesel yang menggunakan data pemilikan kenderaan dan cukai jalan aktif sebagai antara kriteria kelayakan. Dengan pengecualian ini, pemilik serta pengguna sebenar kenderaan diesel mempunyai ruang untuk memastikan maklumat pemilikan kenderaan adalah teratur dan selaras dengan penggunaan sebenar.

Bagi memudahkan urusan rakyat, JPJ turut akan membuka kaunter perkhidmatan pada hujung minggu dari 4 Julai hingga 26 Julai 2026, bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang, di semua Pejabat JPJ Negeri dan Pejabat JPJ UTC Negeri.
Kaunter ini akan mengendalikan urusan berkaitan permohonan BUDI Diesel, termasuk tukar hak milik kenderaan, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan, serta urusan JPJ lain yang berkaitan.

Kelayakan subsidi boleh dipindahkan kepada pengguna sebenar kenderaan

Kementerian Kewangan juga akan membenarkan pemilik berdaftar kenderaan diesel memindahkan kelayakan subsidi diesel kepada ahli keluarga terdekat yang merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut, tertakluk kepada syarat dan pengesahan yang akan ditetapkan.

Langkah ini mengambil kira keadaan di mana kenderaan diesel digunakan oleh ahli keluarga terdekat yang berbeza daripada pemilik berdaftar kenderaan tersebut.
Mekanisme pemindahan kelayakan ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi BUDI MADANI selepas perincian teknikal dimuktamadkan.

BUDI Diesel diperluas kepada pikap dan jip persendirian milik syarikat

Mengambil kira maklum balas dan rayuan peniaga kecil serta pengguna kenderaan diesel untuk tujuan kerja harian, Jemaah Menteri turut bersetuju supaya BUDI Diesel diperluas kepada kenderaan persendirian milik syarikat bagi jenis badan pikap dan jip.

Perluasan ini dijangka memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan pikap dan jip diesel untuk perniagaan kecil, perjalanan harian dan aktiviti di kawasan luar bandar atau pedalaman, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Pemilik kenderaan dalam kategori ini boleh membuat semakan dan permohonan melalui portal rasmi BUDI MADANI setelah sistem permohonan dikemas kini.

Akses awal BUDI Diesel bermula 27 Jun di Semenanjung Malaysia

Akses awal BUDI Diesel akan bermula esok, 27 Jun 2026, bagi pengguna kenderaan diesel persendirian yang layak di Semenanjung Malaysia.

Sepanjang tempoh akses awal ini, diesel bersubsidi boleh dibeli pada harga RM2.15 seliter melalui pengesahan MyKad di stesen minyak yang mengambil bahagian.

Pelaksanaan penuh BUDI Diesel akan bermula pada 1 Julai 2026 di seluruh negara dengan harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter bagi rakyat Malaysia yang layak.

Bagi penerima sedia ada BUDI Diesel Individu, bantuan tunai RM400 telah disalurkan pada awal bulan Jun 2026.

Dengan akses awal ini, penerima yang layak kini juga boleh membeli diesel pada harga bersubsidi melalui pengesahan MyKad.

Pada masa yang sama, lebih ramai pengguna kenderaan diesel persendirian di Semenanjung Malaysia yang sebelum ini tidak menerima bantuan tunai BUDI Diesel Individu akan mendapat akses kepada diesel bersubsidi melalui BUDI Diesel.

Pemilik kenderaan diesel persendirian boleh menyemak status kelayakan dan had kelayakan bulanan melalui portal rasmi BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my.

Pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak juga boleh membuat permohonan tambahan 100 liter sebulan melalui portal yang sama.

Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan akses awal BUDI Diesel serta meneliti maklum balas rakyat bagi memastikan peralihan kepada mekanisme subsidi diesel bersasar berjalan lancar dan manfaat subsidi sampai kepada rakyat Malaysia yang layak.

KEMENTERIAN KEWANGAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.