2 JUL : Indonesia memadam hampir 4.9 juta akaun media sosial dimiliki pengguna bawah 16 tahun.
Tindakan itu selaras Peraturan Kerajaan TUNAS (PP TUNAS) mengenai keselamatan kanak-kanak dalam talian.
Ketua Pengarah Penyeliaan Ruang Digital Kementerian Komunikasi dan Digital, Alexander Sabar berkata daripada angka itu TikTok memadamkan kira-kira 4.1 juta akaun sementara Meta iaitu pemilik Facebook, Instagram dan Threads sudah memadamkan 185,000 akaun.
Menurutnya, sebanyak 600,000 akaun dipadamkan pihak YouTube.
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid memaklumkan sekitar 200 platform digital sudah mengemukakan penilaian kendiri mengenai profil risiko masing-masing.
Ia merupakan sebahagian daripada pelaksanaan PP TUNAS termasuk platform e-dagang, permainan dalam talian dan hiburan.
Katanya, republik itu sedang menilai laporan penilaian kendiri tersebut bagi menentukan profil risiko setiap platform.
PP TUNAS mula berkuat kuasa pada Mac lalu yang mewajibkan platform digital beroperasi di Indonesia melaksanakan langkah perlindungan berdasarkan umur bagi pengguna bawah 16 tahun.
Ini termasuk langkah menghalang akses oleh pengguna bawah umur serta memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam talian.