nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hampir 200,000 pemilik jip, pikap nikmati tambahan 100 liter diesel

5 JUL : Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di seluruh negara kini menikmati tambahan kuota 100 liter diesel bersubsidi sebulan menerusi program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel).

Ini menjadikan jumlah kelayakan mereka meningkat kepada 300 liter sebulan bermula Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, sehingga 4 Julai lalu, kemudahan itu sudah diluluskan kepada lebih 174,000 pemilik kenderaan di Semenanjung Malaysia serta lebih 22,000 pemilik di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut kementerian, penambahan kuota itu dibuat selepas mengambil kira penggunaan diesel yang lebih tinggi dalam kalangan pemilik pikap dan jip, termasuk bagi tujuan perniagaan kecil dan sederhana selain pergerakan ke kawasan luar bandar serta pedalaman.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan memahami bahawa kenderaan diesel jenis pikap dan jip bukan sekadar digunakan untuk perjalanan harian, malah menjadi sumber pendapatan serta memenuhi keperluan keluarga.

“Kerajaan memahami bahawa bagi pemilik pikap dan jip diesel, kenderaan ini bukan sekadar untuk perjalanan harian, tetapi turut digunakan bagi mencari rezeki dan mengurus keperluan keluarga.

“Sebab itu, kemudahan tambahan 100 liter ini disediakan. Harapan kita, kemudahan tambahan ini dapat membantu mereka mengurus keperluan diesel bulanan dengan lebih baik,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan turut mengambil kira maklum balas rakyat berhubung penggunaan kenderaan diesel milik ahli keluarga terdekat atau kenderaan yang masih belum dikemas kini rekod pemilikannya.

Sehubungan itu, penerima asal BUDI Diesel kini boleh memohon pemindahan kelayakan melalui portal rasmi BUDI MADANI bagi kenderaan yang digunakan ahli keluarga terdekat, tertakluk kepada syarat serta proses pengesahan yang ditetapkan.

Sebagai alternatif, pengguna sebenar turut digalakkan mengemas kini rekod pemilikan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dengan kerajaan menawarkan pengecualian fi tukar hak milik kenderaan diesel selama tiga bulan bermula 1 Julai lalu bagi memudahkan urusan tersebut.

Setakat 4 Julai, lebih 2,000 permohonan pemindahan kelayakan BUDI Diesel telah diterima menerusi portal rasmi program itu.

Amir Hamzah berkata, penambahbaikan berterusan terhadap pelaksanaan BUDI Diesel membuktikan kerajaan sentiasa meneliti maklum balas rakyat bagi memastikan subsidi benar-benar dinikmati golongan yang layak tanpa membuka ruang kepada ketirisan dan penyeludupan.

Sementara itu, MOF memaklumkan sejak akses awal BUDI Diesel bermula pada 27 Jun sehingga 4 Julai lalu, lebih 336,000 transaksi pembelian diesel bersubsidi direkodkan melibatkan 12.6 juta liter diesel, dengan kerajaan menanggung subsidi melebihi RM23 juta.

Sepanjang tempoh itu, diesel bersubsidi dijual pada harga RM2.15 seliter ketika akses awal sebelum diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula pelaksanaan penuh program pada 1 Julai.

Menurut Amir Hamzah, penyasaran subsidi menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan memastikan hanya warganegara yang layak menikmati subsidi, sekali gus membantu mengekang ketirisan dan penyeludupan yang selama ini menyebabkan negara mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun.

Beliau menegaskan, kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel serta meneliti maklum balas rakyat dan industri bagi memastikan manfaat subsidi sampai kepada penerima yang benar-benar layak, di samping menjamin bekalan diesel bersubsidi kekal mencukupi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.