nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Warga Bangladesh tayang pasport bukan miliknya ditahan

KENYATAAN MEDIA

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh dalam satu operasi khas hasil tindakan pantas susulan risikan media sosial (Open Source Intelligence OSINT) berkaitan penularan gambar seorang individu yang memegang sebuah Pasport Bangladesh bersama sebuah Pasport Malaysia.

2. Hasil risikan awal, mendapati individu tersebut aktif dibeberapa platform media sosial seperti Facebook, TikTok dan Threads. Analisis terhadap kandungan yang dimuat naik menunjukkan individu berkenaan dipercayai bekerja dalam sektor pembinaan di Malaysia. Pada masa yang sama, beliau turut memaparkan sebuah Pasport Malaysia yang disyaki bukan miliknya, sekali gus menimbulkan keperluan untuk tindakan pengesanan dan pengesahan segera oleh pihak berkuasa.

3. Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi menjalankan risikan, mengesan lokasi serta mengenal pasti identiti individu terbabit. Hasil koordinasi strategik dan tindakan bersepadu kedua-dua agensi berjaya membuahkan hasil apabila dalam tempoh kurang daripada 24 jam, lokasi individu terbabit berjaya dikenal pasti sebelum operasi penguatkuasaan dilaksanakan.

4. Hasil operasi yang dijalankan pasukan petugas JPN dan JIM berjaya mengesan dan menangkap suspek tersebut di sebuah kontena sekitar Jalan Kuantan-Bandar Damansara, Kuantan, Pahang pada 4 Julai 2026, jam 6.30 petang. Suspek berwarganegara Bangladesh dan memiliki Passport Bangladesh. Melalui operasi tersebut juga turut dijumpai bersama suspek pasport Malaysia yang disyaki bukan miliknya. Justeru, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana dokumen tersebut diperoleh, tujuan pemilikannya serta sama ada terdapat unsur penyalahgunaan dokumen perjalanan, penyamaran identiti atau kesalahan lain di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

5. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh JPN ditemui dalam pemilikan suspek semasa operasi dijalankan. Suspek telah dibawa ke Pejabat Imigresen Kuantan untuk tindakan dan siasatan lanjut.
6. JPN akan terus memperkukuh keupayaan risikan, perkongsian maklumat serta kerjasama strategik bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi penguat kuasa lain bagi membanteras penyalahgunaan identiti, pemalsuan dokumen serta sebarang ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan sistem pengenalan diri negara.

7. JPN turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti yang disyaki melibatkan penyalahgunaan identiti atau dokumen perjalanan negara. Setiap maklumat yang diterima akan disiasat secara profesional dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

 UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Get real time updates directly on you device, subscribe now.