nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC mohon turunkan 470,593 kandungan mudarat di media sosial

18 OGOS : Sebanyak 470,593 kandungan memudaratkan dimohon untuk diturunkan dari platform media sosial bagi tempoh 1 Januari hingga 17 Ogos lalu, dengan 93 peratus (%) diturunkan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata daripada jumlah itu, 64 peratus membabitkan kandungan perjudian dalam talian manakala 27 peratus lagi berkaitan penipuan (scam).

Fahmi berkata Facebook menyumbang 78% kandungan perjudian dalam talian yang dimohon untuk diturunkan, diikuti YouTube 18% dan TikTok 4%.

Sementara itu katanya, bagi kandungan penipuan pula, Facebook mencatatkan 53%, diikuti TikTok 39% dan Threads 5%.

“Kalau hendak kata platform mana yang paling banyak buat dosa kepada rakyat Malaysia, untuk judi dalam talian, Facebook adalah yang paling banyak.

“Untuk scam juga, Facebook paling tinggi dengan 53%,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Jabatan Imigresen Malaysia, hari ini.

Beliau berkata angka itu menunjukkan platform media sosial perlu lebih proaktif membendung kandungan memudaratkan dan tidak hanya menunggu laporan daripada pihak berkuasa atau orang awam.

“Setiap platform perlu bertindak secara proaktif untuk mengesan, menyekat dan menurunkan kandungan memudaratkan yang jelas melanggar garis panduan serta terma penggunaan mereka.

“Kelewatan inilah yang memberi ruang kepada kandungan memudaratkan untuk terus tersebar dan meningkatkan risiko kemudaratan kepada masyarakat,” katanya.

Selain itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kerugian akibat penipuan dalam talian di Malaysia direkodkan sebanyak RM158 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM2.9 bilion sepanjang 2025.

Katanya, jenayah rentas sempadan juga semakin kompleks di mana rangkaian komunikasi dan platform digital dimanfaatkan pihak sindiket.

Susulan itu katnaya, kerjasama antara MCMC dan Jabatan Imigresen diperlukan bagi memperkukuh perkongsian maklumat dan risikan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.