nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,476 pelarian Myanmar dihantar pulang 29 September ini

27 OGOS : Seramai 5,000 pelarian warga Myanmar akan dihantar pulang ke negara asal secara berperingkat, dengan fasa pertama membabitkan 1,476 individu pada 29 September ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan penghantaran itu sudah dimuktamadkan bersama Myanmar dan akan dilaksanakan secara selamat, bertanggungjawab serta mengikut prosedur dipersetujui kedua-dua negara.

“Fasa pertama Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela akan dilaksanakan pada 29 September 2026 melibatkan 1,476 warga Myanmar yang dikenal pasti Myanmar melalui Nota Diplomatik No. 649/47 01(2026) bertarikh 13 Ogos lalu.

“Tarikh itu dipersetujui dalam Mesyuarat Penyelarasan melibatkan KDN, Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan selepas mengambil kira keperluan logistik dan penyelarasan, berbanding cadangan asal Kerajaan Myanmar pada 26 Ogos 2026,” menurut KDN dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut KDN, proses penghantaran pulang akan menggunakan dua kapal perang dan sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar.

KDN berkata, bagi 2026, seramai 4,008 warga Myanmar, terutama etnik Rohingya akan dijalurkan kepada Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), manakala 5,000 individu lain akan menjalani proses penghantaran pulang secara sukarela ke Myanmar secara berperingkat.

Sehingga 15 Ogos lalu, seramai 10,388 warga Myanmar berada di Depot Tahanan Imigresen namun, KDN menegaskan jumlah itu merangkumi semua rakyat Myanmar yang ditahan dan tidak boleh dianggap keseluruhannya sebagai pelarian.

Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia kini melaksanakan proses DPP bagi mengesahkan identiti, kewarganegaraan, status imigresen, tuntutan pelarian serta latar belakang keselamatan setiap individu.

Proses pendaftaran DPP bagi golongan berkenaan dijangka selesai pada suku keempat tahun ini.

Menurut KDN, strategi kerajaan mempunyai dua cabang utama iaitu rundingan diplomatik dengan Myanmar bagi memastikan pengambilan semula rakyat negara itu dapat dilaksanakan secara berperingkat, teratur dan bertanggungjawab serta pendaftaran individu yang mendakwa sebagai pelarian dan pemohon suaka melalui DPP.

“Program DPP akan diperluaskan kepada semua pendatang tanpa izin di luar Depot Tahanan Imigresen, termasuk pemegang kad UNHCR serta individu yang mendakwa sebagai pelarian.

“Individu yang memenuhi syarat dan melepasi proses DPP akan diberikan Kad DPP sebagai dokumen pendaftaran bagi membolehkan mereka tinggal sementara, tertakluk kepada syarat, kawalan dan pemantauan kerajaan,” menurut KDN.

KDN berkata lebih 95 peratus pelarian di Malaysia berasal dari Myanmar termasuk etnik Rohingya, Chin, Karen dan Mon, justeru penyelesaian isu itu memerlukan rundingan secara langsung dengan kerajaan Myanmar.

Kerajaan MADANI akan terus menggiatkan rundingan diplomatik bagi memastikan proses penghantaran pulang dilaksanakan secara teratur, bermaruah dan dipersetujui kedua-dua negara.

KDN berkata isu kehadiran pelarian telah berlarutan selama berpuluh tahun tanpa penyelesaian tuntas, sehingga menjadi beban kewangan, mencetuskan masalah sosial serta mewujudkan ancaman keselamatan kepada negara.

Kerajaan juga menegaskan pelaksanaan DPP tidak boleh ditafsirkan sebagai pengiktirafan atau penyertaan Malaysia kepada Konvensyen mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967 kerana Malaysia bukan negara pihak kepada kedua-dua instrumen berkenaan.

Sebaliknya, DPP merupakan pendekatan kerajaan bagi mendapatkan data biometrik dan maklumat lengkap mengenai golongan berkenaan sebagai asas pemantauan, kawalan serta penguatkuasaan demi kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.