2 SEPT : Seramai 77 rakyat Malaysia yang terselamat daripada bencana banjir lumpur di Tibet dan Nepal kini berada di Kathmandu bagi menjalani proses repatriasi untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkembangan itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mesyuarat jemaah menteri, hari ini ketika membincangkan keadaan rakyat Malaysia susulan bencana berkenaan.
“Mereka sudah dibawa ke Kathmandu untuk proses repatriasi untuk kembali ke Malaysia.
“Menteri Luar juga memaklumkan bahawa terdapat lagi 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas mesyuarat jemaah menteri, hari ini.
Selain itu, Fahmi turut berkata Kabinet mengambil maklum tentang sumbangan kemanusiaan yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah AS$1 juta.
Bencana yang melanda 26 Ogos lalu meragut banyak nyawa lselepas runtuhan glasier di kawasan Himalaya mencetuskan banjir besar merentasi kawasan sempadan Nepal-Tibet.
Kejadian itu menyebabkan kemusnahan besar termasuk jalan raya, jambatan dan penempatan penduduk.
Angka korban di Nepal kini melebihi 1,100 orang, manakala ribuan lagi dilaporkan masih hilang sementara operasi mencari dan menyelamat diteruskan.