25 SEPT : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 7 Oktober ini bagi menetapkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka ke-16.
Mesyuarat itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 September lalu.
SPR dalam kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun.
Antara perkara yang akan dibincangkan ialah tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian.
Mesyuarat itu turut membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi melaksanakan PRU DUN Melaka ke-16.
Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas berkenaan selesai.
DUN Melaka dibubarkan pada 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16.