29 SEPT : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, hari ini.
Perkara itu dikongsi melalui satu hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Dalam pertemuan, baginda disembah maklum mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Baginda turut berkenan membincangkan isu-isu semasa bersama Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam pertemuan yang berlangsung hampir sejam.
Pertemuan berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.