nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN: PH Melaka nafi jalin kerjasama dengan Bersatu

30 SEPT : Pakatan Harapan (PH) Melaka menegaskan tiada kerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, meskipun pemimpin kedua-dua pihak dilaporkan bertemu dalam satu majlis makan malam tertutup, malam kelmarin.

Timbalan Pengerusi PH Melaka, Khoo Poay Tiong berkata pertemuan itu sekadar jamuan dan tidak wajar ditafsirkan sebagai tanda kedua-dua parti sudah bersetuju membentuk kerjasama politik.

“Tak ada kerjasama dengan Bersatu. Tidak ada. Itu cuma makan-makan saja, jumpa…itu budaya orang Malaysia.

“Orang jemput, kita datanglah,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Jejantas Tun Teja di Peringgit, hari ini.

Menurutnya, PH tetap terbuka untuk mendengar sebarang cadangan daripada mana-mana pihak, namun ia tidak bermakna gabungan itu akan menerima atau membentuk kerjasama.

“Sebagai orang politik kita mesti sedia bekerja dengan mana-mana pihak tetapi mesti ada garis merah.

“Kalau orang kata nak bekerjasama, kita terbuka untuk dengar tapi itu tidak bererti kita akan bekerjasama dengan dia. Saya nak tekankan di sini,” katanya.

Khoo berkata, pertemuan atau perbincangan dengan mana-mana pihak juga merupakan perkara biasa dalam suasana politik, khususnya menjelang pilihan raya.

“Kalau ada orang datang ‘rumah’ kita, kita bincanglah. Orang jemput, kita datang tapi jangan buat persepsi kita akan bekerjasama dengan dia,” katanya.

Malam kelmarin, beberapa pemimpin PH dan Bersatu Melaka dilaporkan menghadiri jamuan makan malam tertutup di sebuah hotel di Melaka ketika kerjasama politik menjelang PRN menjadi tumpuan.

Antara yang hadir dari PH ialah Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim dan Pengerusi Amanah Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat, manakala Bersatu termasuk Ketua Penerangan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz serta Pengarah Pilihan Raya Negeri, Datuk Seri Mohammad Ali Mohamad.

Dalam perkembangan sama, Khoo menegaskan PH akan bertanding secara solo tanpa menjalin kerjasama dengan mana-mana parti luar.

“Kita di PH sudah selesai, tunggu tarikh kita umum,” katanya.

DUN Melaka dibubarkan pada 23 September lalu, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober ini bagi menetapkan tarikh-tarikh penting PRN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.