nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tunggakan cukai RM70 juta, 122 tanah Berjaya di Bukit Tinggi dilucutkan

30 SEPT : Sebanyak 122 tanah milik syarikat Berjaya Sdn Bhd di Bukit Tinggi dilucutkan hak kepada Kerajaan Negeri Pahang susulan tunggakan cukai tanah lebih RM70 juta yang gagal dijelaskan.

Tindakan itu membabitkan tanah yang menempatkan beberapa kemudahan termasuk kuarters pekerja, dobi, Rabbit Park dan Japanese Garden.

Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Saifullah Muhammad Ali berkata tindakan penguatkuasaan dilaksanakan pada 28 September lalu selepas tunggakan cukai tanah berjumlah RM70,481,097 gagal dijelaskan.

“Pada 28 September 2026, UPNP melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap tanah milik syarikat Berjaya Sdn Bhd di Bukit Tinggi yang dilucutkankan kepada Kerajaan Negeri Pahang.

“Sebanyak 122 hak milik yang telah dilucutkan telah disita, manakala struktur kekal yang berada atas tanah kerajaan telah dikosongkan dan dikunci, dengan pemasangan rantai dan mangga,” katanya, lapor Pahang Media, hari ini.

Menurutnya, tunggakan berkenaan membabitkan keseluruhan 122 hak milik dan tertunggak sejak 2020.

Semua aktiviti di lokasi terbabit turut diarahkan dihentikan serta-merta dan kegagalan mematuhi arahan itu boleh membawa kepada tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Beliau berkata, wakil Berjaya Group yang hadir ke lokasi turut dimaklumkan tindakan berkenaan susulan tampalan dan penyerahan notis pada 9 dan 10 September lalu.

“Pentadbir Tanah Bentong telah mengeluarkan perintah lucuthak kepada semua 122 tanah hakmilik yang gagal dibayar cukai, dan pewartaan Notis 8A telah dilaksanakan pada Jun 2025.

“Kesemua lokasi kemudiannya dipasang rantai dan mangga bagi menghalang sebarang aktiviti atau pendudukan tanpa kebenaran di atas tanah yang telah menjadi milik kerajaan negeri,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan penguatkuasaan berkenaan kini tertakluk kepada arahan penangguhan yang dikeluarkan mahkamah.

Foto : Pahang Media

Get real time updates directly on you device, subscribe now.