nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN tidak mahu dikata ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’

1 OKT : “Kita tak nak dikata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.”

Itu penegasan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika mengulas keterbukaan BN untuk berunding dengan parti politik lain bagi menentukan rakan strategik menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurutnya, BN tidak akan menjadikan pendirian awal mana-mana parti sebagai penanda aras kerana keputusan mengenai kerjasama politik perlu mengambil kira pendirian kepimpinan gabungan masing-masing.

“Itu saya tak ambil sebagai penanda aras sebab yang penting daripada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Kalau Majlis Presiden kata tak nak, tak apa.

“Kita tak nak dikata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tapi saya mengambil satu penjelasan daripada jemputan yang dibuat oleh Setiausaha Agung tanpa prasangka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Melaka bagi persediaan menghadapi PRN di Seri Bendahara pada Rabu.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka mengulas kenyataan komponen PH, Amanah yang menegaskan tidak akan bekerjasama dengan BN pada PRN Melaka.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, BN Melaka kekal terbuka terhadap jemputan rundingan yang dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tanpa meletakkan sebarang prasangka terhadap mana-mana pihak.

“Kita tunggu selepas jemputan rasmi ini dibuat, sama ada perbincangan ini boleh dijalankan ataupun keputusan untuk bersama ini boleh diteruskan ataupun tidak.

“Terserah kepada mana-mana pihak untuk bersama-sama dengan kita,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab Rauf berkata rundingan BN Melaka dengan parti-parti politik bagi menentukan rakan strategik PRN Melaka ditunda ke minggu depan bagi mendapatkan tarikh yang lebih sesuai.

“Perundingan bukan ditangguhkan tetapi ditunda pada satu tarikh yang lebih sesuai.

“Insya-ALLAH akan diselesaikan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Sabtu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan BN akan mengadakan dua perjumpaan berasingan dengan dua kumpulan berbeza bagi membincangkan kerjasama politik menghadapi PRN Melaka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.