nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak bayar RM200j: JPJ gantung khidmat MyEG

2 OKT : Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan syarikat teknologi, Zetrix AI Bhd mempunyai tunggakan lebih RM200 juta membabitkan kutipan awam yang belum diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jurucakap kementerian mengesahkan jumlah itu kepada The Edge, susulan laporan The Straits Times (ST) mengenai kegagalan syarikat yang dulu dikenali sebagai MyEG menyerahkan kutipan membabitkan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan bayaran saman trafik kepada JPJ.

Menurut laporan ST, kutipan berkenaan didakwa tidak diserahkan sejak kontrak perkhidmatan tiga tahun bermula pada Mei 2023.

Seorang pegawai kerajaan yang enggan dinamakan turut memberitahu ST jumlah tertunggak sehingga akhir September lalu melebihi RM200 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, JPJ mengumumkan perkhidmatan melalui My E.G. Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen pemungut bagi pihak jabatan digantung mulai 12.01, 5 Oktober ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian serta obligasi yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan.

“Selaras itu, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung sepenuhnya mulai 5 Oktober 2026,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPJ turut memaklumkan pengguna masih boleh mendapatkan perkhidmatan berkaitan melalui saluran rasmi jabatan serta kaunter JPJ, selain saluran digital lain yang ditetapkan.

Zetrix AI sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services Bhd dan membangunkan rangkaian penyampaian perkhidmatan kerajaan secara dalam talian sejak 2000, termasuk melalui kerjasama dengan JPJ.

Menurut Malay Mail, laporan kewangan terkini Zetrix AI menunjukkan syarikat itu merekodkan keuntungan bersih RM269.3 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, manakala keuntungan bersih bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan berjumlah RM540.58 juta.

Dalam laporan sama, Zetrix AI mencatat jumlah liabiliti semasa dan bukan semasa masing-masing RM577.4 juta dan RM1.25 bilion, manakala pemiutang lain berjumlah RM95.5 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.