nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anak muda perlu berani fikir kritis, tidak taksub politik

3 OKT : Anak muda bukan sekadar pemimpin masa depan, malah perlu bersama-sama memimpin dan membangunkan negara pada masa kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata golongan muda perlu berani berfikir secara kritis serta tidak terlalu taksub kepada mana-mana individu, parti atau kelompok, sebaliknya menjadikan ilmu, kebenaran, keadilan dan kemanusiaan sebagai panduan.

Menurutnya, generasi muda juga perlu memperluas penguasaan ilmu dan bahasa bagi membina keupayaan menghadapi dunia yang semakin kompleks.

“Anak-anak muda bukan hanya pemimpin masa depan tetapi pemimpin sekarang yang sedang bekerja bersama-sama,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian ketika selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Dalam ucapannya, Anwar menggesa golongan muda menguasai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan pengkomputeran kuantum bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi global.

Beliau berkata penguasaan teknologi dan ilmu dalam bidang baharu itu penting kerana generasi muda merupakan kelompok yang akan meneroka serta menentukan hala tuju perkembangan teknologi negara pada masa hadapan.

“Maknanya teknologi baharu, sains baharu dan penyelidikan baharu dalam bidang sains dan teknologi, termasuk bidang ilmu baharu seperti AI, pendigitalan dan pengkomputeran kuantum, merupakan bidang ilmu baharu yang perlu diterokai,” katanya.

Anwar berkata kerajaan perlu menyediakan ruang dan peluang kepada golongan muda untuk menguasai ilmu serta teknologi baharu secara serius.

“Dan siapa yang menentukan? Bukan generasi saya…generasi anak-anak ini. Meneroka alam dan disiplin baru ini, ini bidang anak-anak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan kemajuan teknologi tidak boleh menyebabkan nilai moral, etika, budaya dan kemanusiaan diketepikan.

“Tapi bezanya kita tidak boleh lari dari nilai kita, warisan kita, budaya kita dan kemanusiaan kita. Jangan AI itu meleburkan nilai moral, etika dan kemanusiaan,” tegasnya.

Beliau berkata transformasi digital dan AI diperlukan bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing, namun perkembangan itu perlu disertai nilai yang menjadi asas kepada masyarakat.

Anwar berkata kerajaan akan terus memberi ruang kepada generasi muda untuk meningkatkan penguasaan ilmu sebagai sebahagian daripada usaha membina Malaysia yang lebih maju.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.