nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nahas helikopter: Waris 4 kakitangan KKM terima pampasan hingga RM130,000

15 OKT : Waris empat kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Miri, Sarawak pada 8 September lalu layak menerima bayaran pampasan dan faedah secara pukal sekurang-kurangnya RM130,000 bagi setiap mangsa.

KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, bayaran itu merangkumi Gantian Cuti Rehat (GCR), Ganjaran Terbitan, Bantuan Mengurus Jenazah dan Ex-Gratia Kematian.

Selain bayaran berkenaan, tanggungan yang layak akan mula menerima Pencen Terbitan secara bulanan pada 21 Oktober ini.

Menurut KKM, urusan pembayaran dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) bagi memastikan kebajikan keluarga mangsa terus diberikan perhatian.

KKM menjelaskan, Pencen Terbitan akan dibahagikan mengikut kadar syer kepada waris yang layak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, JPA akan memberikan penerangan lanjut kepada waris berhubung pembahagian berkenaan bagi memastikan setiap tanggungan menerima bahagian masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, waris turut layak menerima pencen tanggungan dan faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja yang masih diproses oleh Bahagian Pencen Cawangan Sarawak serta Kementerian Kewangan Malaysia.

Sebagai penghormatan terhadap empat kakitangan berkenaan, KKM turut mencadangkan kenaikan pangkat secara anumerta kepada mereka.

Katanya, cadangan itu diperakukan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dalam mesyuarat pada 13 Oktober lalu.

KKM berkata, pihaknya komited menyegerakan penyaluran semua faedah dan bantuan yang layak diterima keluarga mangsa dengan kerjasama agensi berkaitan.

Dalam kenyataan sama, kementerian itu mengakui tiada nilai kewangan yang mampu menggantikan kehilangan insan tersayang, namun berharap bantuan disalurkan dapat meringankan beban kewangan serta urusan harian keluarga yang ditinggalkan.

Dalam kejadian 8 September lalu, seorang juruterbang dan empat kakitangan KKM disahkan maut dalam nahas helikopter berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Sarawak.

Nahas itu mengorbankan Kapten Zainol, Dr Ainul Baraah Kamaruddin, Alexson Adit, Debra Moset dan Jessie Paya.

Helikopter itu disewa bagi menyediakan perkhidmatan doktor udara (FDS).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.