nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Inovasi Kampung Digital Melaka diiktiraf di China

19 OKT : Melaka membuktikan usaha pendigitalan pentadbiran negeri membuahkan hasil apabila meraih tiga pengiktirafan, termasuk di peringkat antarabangsa menerusi inovasi Sistem Kampung Digital Negeri Melaka 2.0.

Inisiatif itu menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi Digital Community Innovation Excellence Award pada GSTC International 2026 yang berlangsung di Haikou, Hainan, China, semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh yang menerima anugerah itu bagi pihak kerajaan negeri pada ebuah majlis di Hilton Haikou.

“Anugerah yang dianugerahkan oleh GISTC International 2026 Organizing Committee itu merupakan pengiktirafan terhadap usaha kerajaan negeri dalam memanfaatkan teknologi geospatial untuk memperkasa pendigitalan komuniti kampung serta membangunkan sistem alamat digital yang lebih teratur, tepat dan berstruktur,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Salhah, pelaksanaan sistem itu menyokong tadbir urus berasaskan data, termasuk dalam perancangan pembangunan, pentadbiran, penyelarasan dan proses membuat keputusan.

“Pelaksanaan Sistem Kampung Digital Negeri Melaka 2.0 menyokong pengukuhan tadbir urus melalui penggunaan data dan maklumat geospatial bagi membantu perancangan pembangunan, pentadbiran, penyelarasan serta proses membuat keputusan yang lebih berkesan.

“Inisiatif ini turut memberi manfaat kepada masyarakat kampung menerusi pengurusan maklumat lokasi dan alamat yang lebih sistematik,” katanya.

Selain pengiktirafan itu, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menjadi agensi pertama di Melaka menerima Sijil Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan (SAGA) daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Kerajaan negeri turut menerima Sijil Penghargaan dan Trofi Pengiktirafan Prestasi Penggunaan Pembayaran Digital Cemerlang sempena kempen Cashless Boleh 5.0, yang disampaikan Kementerian Kewangan dan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. pada 15 Oktober.

Menurut Salhah, pencapaian dalam pembayaran digital itu mencerminkan usaha negeri menyokong pembentukan masyarakat tanpa tunai melalui peluasan ekosistem transaksi digital di jabatan, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Penggunaan pembayaran digital bukan sahaja mempercepat dan memudah cara urusan pembayaran lesen, cukai serta perkhidmatan awam kepada rakyat, malah membantu meningkatkan ketelusan transaksi, kecekapan pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga pencapaian itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dan agensinya untuk meningkatkan mutu pentadbiran, mengoptimumkan penggunaan teknologi serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.