nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sudah ‘nikah berkadi’, tidak mungkin BN-PN bertembung di Melaka

29 OKT : Pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) termasuk komponennya, PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak mungkin berlaku susulan kesepakatan yang sudah dimetrai.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerjasama berkenaan turut merangkumi gerak kerja jentera serta penggunaan manifesto bersama.

“Ia tidak mungkin berlaku kerana telah berada dalam satu kesepakatan silaturahim yang baik.

“Saya rasa tak mungkin bertembung kerana di Melaka ini tak sama di Johor dan Negeri Sembilan.

“Di sini, kita sudah bernikah dengan berkadi. Nanti kalau bercerai pun, ada talak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Deepavali 2026 Parlimen Masjid Tanah, hari ini.

Mengulas soal kerjasama jentera kedua-dua parti, Ab Rauf berkata, mereka akan bergerak bersama sepanjang tempoh berkempen.

“Sama, semua sama. Di mana ada kita, di situ ada dia. Jadi, jangan ada dusta antara kita,” katanya.

Beliau turut mengulang bahawa jalinan kerjasama strategik dengan PN-PAS itu turut melibatkan manifesto.

“Semalam kita buat mesyuarat di peringkat tertinggi dan telah memutuskan rakan strategik kita adalah PAS. Kita juga sudah sepakat supaya semua gerak kerja berjalan bersama dan berkongsi manifesto yang sama.

“Jadi, jangan tanya-tanya lagi. Dah tak ada yang lain, satu pilihan sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka menolak dakwaan bantuan sempena Deepavali yang disalurkan kerajaan negeri mempunyai kaitan dengan PRN Melaka.

Beliau berkata, bantuan menerusi inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) merupakan dasar kerajaan negeri untuk membantu rakyat tanpa mengira masa.

“Tidak. Sebenarnya, apa yang kita beri ini kebetulan Deepavali jatuh dalam tempoh kempen pilihan raya. Kalau tak jatuh (dalam tempoh pilihan raya) pun, kita tetap beri juga.

“Jadi, tak ada kena mengena sama ada Deepavali…Pilihan raya, tak ada kena mengena. Ini adalah dasar kerajaan, Melaka Sayang Rakyat untuk sampaikan bantuan kepada rakyat. Tak kira, bila-bila masa,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan kepada 180 penerima sumbangan Perayaan Deepavali Tahun 2026 bagi Parlimen Masjid Tanah dengan peruntukan berjumlah RM36,000.

Bagi seluruh negeri Melaka, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada 1,000 penerima sumbangan, tahun ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.