nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TKM1 P.Pinang nafi dakwaan salah guna cek zakat RM100,000

5 NOV : Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid menegaskan tiada wang zakat digunakan untuk membiayai lawatan kerja delegasi kerajaan negeri ke Mesir tahun lalu, termasuk peruntukan RM100,000 yang didakwa diseleweng.

Beliau berkata, kos lawatan delegasi yang diketuai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ketika itu, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dibiayai menerusi Kumpulan Wang Pentadbiran dalam belanjawan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2025.

Menurutnya, peruntukan itu tidak mempunyai kaitan dengan dana kutipan zakat, termasuk wang yang dikhususkan untuk golongan asnaf, fakir miskin atau dana tawaquf.

“Tiada wang agihan zakat kepada asnaf, fakir miskin mahupun wang tawaquf digunakan bagi membiayai lawatan itu.

“Tiada sebarang permohonan dibuat kepada Zakat MAINPP untuk mendapatkan cek zakat seperti yang didakwa. MAINPP juga tidak pernah menerima cek berkenaan, jadi dakwaan itu adalah dinafikan,” katanya, dipetik BH.

Mohamad (PKR-Batu Maung) berkata demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Beliau menjawab isu dibangkitkan Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) mengenai dakwaan penggunaan cek Zakat MAINPP untuk lawatan berkenaan.

Sebelum ini, PAS Pulau Pinang mendakwa wang zakat berjumlah RM100,000 digunakan bagi urusan lawatan itu dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi seorang pegawai ketika delegasi berada di Mesir.

Mengulas hasil lawatan berkenaan, Mohamad berkata, beberapa pencapaian diperoleh khususnya dalam memperkukuh pendidikan Islam dan kebajikan pelajar Pulau Pinang di negara itu.

Antaranya termasuk kerjasama pemindahan kredit atau Mu’adalah antara Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) dengan Universiti Al-Azhar.

Lawatan itu turut menyaksikan penyediaan asrama baharu untuk penuntut Pulau Pinang di Mesir serta perasmian Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PIDL) pertama di Fakulti Syariah, Universiti Al-Azhar.

Delegasi berkenaan turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Al-Azhar dan mengunjungi Kementerian Wakaf Mesir.

Selain Mesir, Mohamad berkata, lawatan ke Arab Saudi turut melibatkan pertemuan dengan Presiden Universiti King Abdulaziz dan Presiden Universiti Islam Madinah bagi memperkukuh hubungan serta kerjasama pendidikan tinggi Islam.

Pada Mac lalu, media melaporkan Mohamad bersama MAINPP dan Zakat MAINPP memulakan tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah berkaitan pengurusan institusi berkenaan.

Empat individu dinamakan dalam fasa pertama tindakan itu, termasuk aktivis Pembela Tanah Air, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard; Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan; Mohd Yusni dan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Hafiz Alias.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.