nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DAP langgar garis merah, UMNO-BN mahu putus hubungan

13 NOV : UMNO dan Barisan Nasional (BN) merasakan sudah tiba masanya hubungan politik dengan Pakatan Harapan (PH) diputuskan susulan dakwaan pelanggaran garis merah yang dipersetujui ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, terdapat tiga perkara utama yang menjadi syarat kepada kerjasama pembentukan kerajaan, iaitu kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, hak orang Melayu dan Bumiputera serta institusi Raja-Raja Melayu.

Bagaimanapun, beliau mendakwa ketiga-tiga perkara itu kini mula dicabar pihak tertentu sehingga menimbulkan persoalan mengenai kelangsungan kerjasama politik berkenaan.

“Hari ini kita dapat lihat mereka sudah melanggar garis-garis merah ini. Soal Islam, mereka mula mencabar. Soal Melayu, mereka mula mencabar. Soal Yang di-Pertuan Agong dan institusi raja, mereka mula mempersendakan.

“Inilah garis-garis merah yang menyebabkan UMNO-BN merasakan sudah tiba masanya untuk kita memutuskan hubungan dengan mereka. Setuju tak?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah Pentas Grand Finale BN dan Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi mendakwa isu berkaitan kedudukan agama Islam, hak orang Melayu serta institusi diraja semakin dipersoalkan, termasuk menerusi kenyataan beberapa pemimpin DAP.

Beliau turut membangkitkan isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya merupakan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan namun dipertikaikan.

Malah, beliau menyelar tindakan beberapa pemimpin DAP yang didakwa mempersendakan institusi diraja, termasuk hantaran terbaharu bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua di Facebook.

Sementara itu, ketika ditemui selepas program itu, Asyraf sekali lagi mengingatkan DAP tentang perjanjian yang sudah dimetrai ketika membentuk Kerajaan Perpaduan itu.

“Dalam perjanjian itu, kita menggariskan syarat-syarat yang jelas bahawa kerajaan ini kita wujudkan bersama atas titah Yang di-Pertuan Agong dengan beberapa parameter…garis panduan termasuk mesti sentiasa taat dan setia, jangan sesekali mempersenda institusi raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong, agama Islam dan keistimewaan orang Melayu dan sebagainya.

“Kalau mereka sudah mula merasakan bahawa mereka tak boleh lagi berpegang kepada syarat-syarat ini, maka dengan sendirinya perjanjian itu akan terbatal,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, sekiranya perjanjian itu tidak lagi dipatuhi, mandat pemerintahan sewajarnya dikembalikan kepada rakyat dan bukannya mencetuskan polemik berpanjangan sehingga menjejaskan kestabilan kerajaan.

“Bila yang terbatal maka secara ‘gentleman‘ kita serahkan balik mandat itu kepada rakyat, jangan menyusahkan rakyat dengan polemik berterusan yang menyebabkan kerajaan tidak stabil.

“Dalam hal ini, BN sangat jelas. Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sudah sebut, kita tak nak tebuk atap. Tidak ada pertukaran perdana menteri. Kita nak serahkan balik mandat ini kepada rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.