nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mangsa banjir meningkat kepada 2,485 orang di 3 negeri

18 NOV : Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri meningkat kepada 2,485 orang setakat pagi ini berbanding 2,231 orang petang semalam.

Bagaimanapun, keadaan banjir di Perak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang berlindung di PPS berkurangan kepada 1,054 orang daripada 372 keluarga berbanding 1,120 orang daripada 408 keluarga, petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Larut, Matang dan Selama merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 617 orang daripada 231 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.

Kerian pula mencatatkan 177 mangsa daripada 61 keluarga, termasuk 12 mangsa tanah runtuh daripada tiga keluarga yang ditempatkan di PPS SK Bukit Merah, Dewan Serbaguna Gunung Semanggol dan SK Parit Haji Aman.

Sementara di Manjung, 129 mangsa daripada 37 keluarga, diikuti Hilir Perak dengan 108 mangsa daripada 34 keluarga direkodkan, manakala Kampar menempatkan 23 mangsa daripada sembilan keluarga di PPS SK Kota Bharu, Gopeng.

Walaupun jumlah mangsa menunjukkan penurunan, keadaan cuaca di negeri itu masih perlu diberi perhatian susulan ramalan ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di semua daerah di Perak, petang ini.

Paras air Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah, Kerian turut melepasi paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 9.25 meter berbanding paras bahaya 9.14 meter.

Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang pula merekodkan bacaan 22.05 meter, melepasi paras berjaga-jaga.

Di Selangor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,373 orang daripada 363 keluarga setakat pagi ini berbanding 1,111 orang daripada 295 keluarga petang semalam susulan hujan lebat yang melanda negeri itu menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Kesemua mangsa ditempatkan di 10 PPS dengan SK Dato’ Maharaja Lela menempatkan jumlah tertinggi iaitu 355 orang, diikuti SK Parit Mahang (343), SRA Bukit Kuching (182), Dewan Masjid An-Naim Kampung Jalan Kebun (182) dan KAFA Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (115).

Lima lagi PPS dibuka, Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah yang menempatkan 85 mangsa, Dewan Orang Ramai Seri Harmoni (63), SRA Batu 8 Ijok (25), SK Batu Arang (12) dan Dewan MPPK Kampung Permatang Kundang (11).

Di Negeri Sembilan, dua PPS baharu dibuka di daerah Port Dickson iaitu Balai Raya Kampung Jimah Lama dan Balai Raya Kampung Linggi yang menempatkan 58 mangsa daripada 17 keluarga setakat 8 pagi ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.