nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar nafi kerajaan edar dokumen pengampunan Najib, arah KDN siasat

24 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bukan kerajaan mendedahkan dokumen minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkait pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pihak lain.

Justeru, Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat bagaimana dokumen rahsia berkenaan boleh tersebar lebih awal sebelum dibentangkan di mahkamah.

“Soal rahsia betul Yang Berhormat (Pasir Mas) bahawa ada yang kalau dikategori rahsia, ia memang harus kekal rahsia. Tapi soalnya mengapa Peguam Negara declassify atau mohon untuk dinyahrahsiakan? Itu kerana ada permohonan di mahkamah dan untuk menjawab di mahkamah dia terpaksa ikut proses itu.

“Tetapi siapa yang mengedarkan itu? Saya percaya KDN harus siasat ya bagaimana boleh perkara ini tersebar awal.

“Ada minit mesyuarat, tapi minit itu tidak dihebah-hebahkan. Tidak, tidak oleh BHEUU (Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri), tidak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“ Jadi, siapa itu patut disiasat? Jangan buat tohmahan sampai mengatakan kerajaan edarkan. Tidak benar,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang mempersoalkan bagaimana dokumen pengampunan Najib boleh didedahkan kepada umum menerusi pihak ketiga, sedangkan status penyahrahsiaan dokumen itu sebelum ini tidak jelas.

Ahmad Fadhli turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak membuat pengumuman rasmi sekiranya dokumen berkenaan sudah dinyahrahsia, selain membangkitkan kemungkinan berlaku kebocoran maklumat dalam kalangan anggota Kabinet.

“Persoalannya kenapakah dokumen ini, kita tidak persoalkan mungkin dinyahrahsia kerana kepentingan, tetapi apabila dinyahrahsia, pihak yang ketiga di luar kerajaan yang mula-mula membuat pendedahan? Sepatutnya ia didedahkan pihak kerajaan supaya semua rakyat dapat akses dengan rasmi.

“Ini seolah-olah melihat menteri-menteri pun tidak tahu bila dinyahrahsia tiba-tiba ia keluar melalui saluran yang ketiga. Adakah kerajaan sudah tidak mempunyai lagi sebahagian ahli kabinet, tidak mempunyai lagi disiplin kerahsiaan, menyebabkan mereka berkongsi maklumat dengan mana-mana kabel yang mereka ada?,” tanyanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, keputusan Peguam Negara untuk menyahrahsia dokumen berkenaan dibuat susulan permohonan di mahkamah bagi membolehkan kerajaan menyediakan jawapan dalam prosiding berkenaan.

Pasa 18 November lalu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Kebangsaan DAP, Tony Pua mendedahkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan di Facebooknya yang antara lain merekodkan bantahan Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh terhadap pelaksanaan tahanan rumah Najib.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Najib melunaskan denda itu pada 6 November lalu, namun AGC menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah sementara bagi membolehkan penelitian lanjut dibuat berhubung perintah pengampunan berkenaan.

Pada 10 November, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah, sebelum Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman sehari kemudian bagi mencabar keputusan berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.