nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hilman dakwa sita pejabat beliau dan Azmin ada kaitan politik

18 SEPT: Selepas pejabat khidmatnya bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disita Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham meminta penjawat awam di Selangor tidak tunduk kepada tekanan politik.

Muhammad Hilman yang juga Setiausaha Politik Azmin berkata, setelah berita MPS menyita pejabat khidmatnya dan Ahli Parlimen Gombak itu tersebar, beliau menerima banyak panggilan dan mesej dari rakan-rakan penjawat awam di Selangor yang meminta maaf atas tindakan MPS itu.

“Terima banyak panggilan & mesej rakan-rakan penjawat awam Selangor yang simpati, juga kata-kata maaf atas tindakan MPS pagi ini.

“Saya minta mereka terus teguh mempertahankan piagam perkhidmatan awam dan tidak tunduk kepada tekanan politik dalam Kerajaan Negeri Selangor.

“Insya-Allah, sampai masanya kita akan kembali bersama untuk melakar kejayaan di Selangor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

MPS menyita pejabat Azmin dan Hilman di Taman Berjaya dan notis pengosongan difahamkan dikeluarkan ke atas bangunan tersebut yang dahulunya merupakan dewan awam sebelum dijadikan Pusat Khidmat oleh ADUN terdahulu, Hasbullah Ridzwan sebelum diambil alih oleh Mohamed Azmin dan Muhammad Hilman.

Tindakan pengosongan itu dipercayai ada kaitan dengan status kedua-dua wakil rakyat tersebut yang bukan lagi ADUN mewakili kerajaan negeri selepas menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, tindakan kerajaan Selangor menyita pusat khidmat dan menghalau beliau keluar hanya akan merugikan rakyat DUN Gombak Setia.

“Pusat Khidmat tersebut adalah pejabat untuk saya bertemu dengan rakyat, pimpinan tempatan dan warga yang memerlukan,” katanya.

Katanya, langkah tersebut juga seperti tindakan balas dendam susulan pihaknya tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH).

“Walaupun saya bukan lagi ADUN PH, namun saya dan Mohamed Azmin masih melaksanakan khidmat dan menyalurkan bantuan kepada warga Gombak,” katanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran akaun Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Gombak mendakwa tindakan MPS itu kerana arahan Menteri Besar.

“Baru-baru ini Menteri Besar Selangor telah merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Harapan untuk Parlimen Gombak & DUN Gombak Setia di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

“Namun inisiatif ini tidak mendapat sambutan dan dipandang sepi oleh warga Gombak yang terus mengunjungi Pusat Khidmat Rakyat Dato’ Seri Azmin Ali dan YB Hilman Idham ADUN Gombak Setia bagi mendapatkan bantuan kebajikan, pendidikan dan perkara-perkara kemaslahatan semasa.

“Bak kata pepatah, tak dapat tanduk, telinga dipulas. Hari ini penguat kuasa MPS telah hadir melaksanakan operasi sita Pusat Khidmat Rakyat kami dan memberi notis tiga hari untuk mengosongkan premis. Arahan Menteri Besar kata mereka,” kata hantaran itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.