nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kasari bomba, tindakan segera perlu diambil – Zuraida

15 OKT: Tindakan individu yang mengasari anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika melaksanakan kerja-kerja pemadaman kebakaran kemalangan seperti dalam rakaman video yang tular hari ini amat dikesali.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau secara peribadi terguris dan terkilan dengan tindakan individu tersebut yang bertindak sedemikian kepada petugas barisan hadapan.

Menurutnya, seharusnya pengorbanan anggota bomba yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah itu diiktiraf oleh masyarakat

“Saya turut menerima maklumat bahawa individu berkenaan berada dalam keadaan khayal dan pemeriksaan ke atas kenderaan menjumpai senjata tajam berupa pisau daging.

“Anggota JBPM yang dipukul oleh individu awam itu telah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang mengharapkan agar siasatan dapat dijalankan dengan segera.

Tambahnya, beliau juga berharap agar mana-mana pihak yang melanggar undang-undang harus diambil tindakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Masyarakat sepatutnya dalam apa-apa situasi menghormati tugas yang dijalankan oleh anggota bomba memandangkan sudah terbukti mereka memikul tanggungjawab berat bagi menjaga keselamatan awam dan ketenteraman masyarakat. Bomba tonggak penyelamat negara,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video yang dikongsi di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS yang memaparkan kemalangan jalan raya yang berlaku berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn pagi tadi membabitkan beberapa buah kenderaan.

Menerusi kapsyen video tersebut, difahamkan kejadian tersebut berpunca daripada seorang pemandu lelaki yang didakwa berada di bawah pengaruh alkohol.

Lelaki itu dipercayai bertindak agresif dengan mengasari anggota bomba yang cuba menghalangnya menghampiri kereta yang terbakar itu.

Pemilik kenderaan itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.