nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kelulusan akhir KXP tertakluk kajian NASP

30 OKT: Kelulusan akhir bagi cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) hanya akan dipertimbangkan apabila kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara(NASP) telah disiapkan serta pematuhan kepada semua syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara itu seperti yang dinyatakan dalam laporan-laporan teknikal seperti Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA), Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA), Laporan Penilaian Impak Trafik (TIA) dan sebagainya.

“Kementerian Pengangkutan mengalu-alukan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak sama ada kerajaan negeri atau syarikat swasta untuk membina lapangan terbang.

“Akan tetapi, kementerian perlu memastikan setiap cadangan pembinaan lapangan terbang benar-benar bersesuaian, lestari dan memenuhi keperluan teknikal yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia (MAVCOM),” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Beliau memberi maklum balas terhadap kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Md Nor mengenai ‘kelulusan’ yang diberikan untuk pembinaan Lapangan Terbang Kulim pada 28 Oktober lalu dan kemudiannya disusuli dengan kenyataan balas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow semalam.

Projek pembinaan itu pernah diluluskan kerajaan pada Mac 2019 lalu namun Kementerian Pengangkutan pada Ogos lalu mengumumkan penangguhan semua projek naik taraf dan pembinaan lapangan terbang baharu termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

Arahan penangguhan itu disebabkan kerajaan berhasrat mahu membuat pertimbangan semula selepas kajian NASP dimuktamadkan pada 2023.

Ka Siong menambah, Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Oktober lalu hanya memberi kelulusan prinsip terhadap cadangan Projek Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

Beliau memberitahu, kelulusan prinsip ini adalah tertakluk kepada permohonan mendapatkan pertimbangan daripada Kementerian Pengangkutan dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan beberapa agensi kerajaan lain.

“Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim juga adakah tertakluk kepada Kajian NASP yang akan dimulakan pada awal tahun 2021 bagi semua 42 lapangan terbang sedia ada termasuk cadangan pembinaan lapangan terbang baharu.

“Maka, penggerak projek Lapangan Antarabangsa Kulim kelak akan diminta untuk memberi maklumat kepada pasukan perunding NASP berhubung unjuran-unjuran yang realistik dan tepat khususnya unjuran permintaan perkhidmatan penumpang dan kargo serta komitmen syarikat penerbangan yang ingin menggunakan lapangan terbang itu, lebih-lebih lagi dalam era pasca COVID-19,” jelasnya.

Ka Siong berkata,asas cadangan pembinaan Lapangan Antarabangsa Kulim yang digunakan oleh penggerak projek adalah bagi menyokong pengendalian penumpang dan kargo yang disediakan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Sehubungan itu, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim adalah wajar dipertimbangkan setelah kapasiti pengendalian LTAPP mencecah kapasiti maksimum,” katanya.

Menurut beliau, sehubungan itu, unjuran permintaan penumpang dan kargo mestilah bersandarkan kepada asas dan data yang kukuh serta tepat dengan mengambil kira pembangunan kapasiti maksima LTAPP demi memastikan kebolehlaksanaan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.