nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1031 kes baharu, 8 kematian

4 NOV: Sebanyak 1,031 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 35,425 kes manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak tersebut pula adalah 10,339 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa yang sama, sebanyak lapan kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 271 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurut beliau, Sabah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 646 kes (62.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 244 kes (23.6 peratus). Manakala, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan 28 (2.7 peratus) kes positif pada hari ini.

“Kelima-lima negeri ini telah menyumbang sebanyak 918 kes (89.0 peratus) secara keseluruhan. Negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan, Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 98 kes (9.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS).

Beliau memberitahu, kes-kes terbabit melibatkan Kluster Penjara Sandakan (34 kes), Kluster Penjara Kepayan (24 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (16 kes), Kluster Rumah Merah (11 kes), Kluster Tembok (8 kes) dan Kluster Benteng PK (5 kes).

“Ingin dimaklumkan daripada 1,032 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara India (1 kes), Singapura (1 kes) dan Filipina (1 kes),” jelasnya.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 1,029 kes penularan di dalam negara, satu kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah dan situasi itu menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 479 kes.

Beliau menjelaskan, Sabah mencatatkan kes penularan COVID-19 dalam negara yang tertinggi iaitu sebanyak 646 kes diikuti Selangor (231 kes), Negeri Sembilan (44 kes), Labuan (28 kes), Kedah (25 kes), Pulau Pinang (23 kes), Sarawak (9 kes), Kuala Lumpur (7 kes), Putrajaya (4 kes), Terengganu (3 kes), Kelantan (2 kes) dan Johor (1 kes).

“Sehingga kini, terdapat 82 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya.

Dr Noor Hisham juga menyatakan sebanyak 820 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 24,815 kes atau 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.