nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,012 kes baharu COVID-19, Selangor paling ramai

8 DIS: Sebanyak 1,012 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 75,306 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,862 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,005 kes.

“Selangor melaporkan jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 417 kes (41.2 peratus), diikuti oleh Sabah 271 kes (26.8 peratus) dan Johor sebanyak 108 kes (10.7 peratus).

“Sebanyak 44 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (24 kes), Kluster Bakti (18 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, sehingga kini, terdapat 126 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan, empat wanita berumur antara 33 hingga 90 tahun termasuk seorang warga asing meninggal dunia akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 388 kes (0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 1,750 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 64,056 kes (85.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dua kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Seruling di Klang, Hulu Selangor dan Petaling serta Kluster Tapak Bina Darul di Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai.

Empat kluster pula dilaporkan tamat iaitu Melati, Kempas, Titir dan Tempayan dan secara keseluruhan, sebanyak 185 kluster aktif masih dipantau.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (78 kes), Kluster Batu Tujuh (52 kes) dan Kluster Ria-30 (33 kes),” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.